Friday 16 June 2017

Hari Keempat Minggu Pendidikan Islam PPKI SMKPZ

Tarikh: 15 Jun 2017 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi hingga 1.30 petang
Tempat: Ruang Serbaguna Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini telah diadakan dua lagi aktiviti bersempena dengan Minggu Pendidikan Islam PPKI SMKPZ. Aktiviti yang pertama ialah solat sunat Dhuha berjemaah yang diimami oleh Cikgu Mohd Abdullah manakala aktiviti yang kedua ialah Kuiz Pengetahuan Pendidikan Islam dikendalikan oleh Cikgu Noor Azlan.
Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

 Menunggu rakan-rakan yang belum siap berwudhu.

 Cikgu Shariza memantau murid-murid lelaki berwudhu.

 Ustaz Mohd Abdullah menyampaikan tazkirah ringkas berkaitan solat sunat Dhuha.

 Khusyuk mendengar taklimat.

 Rapat dan luruskan saf.

 Ariff menjadi imam simpanan.

 Haziq (kanan) menjadi pengangkat kad jawapan untuk Kumpulan Ansar.

 Haikal menjadi pengangkat jawapan untuk Kumpulan Muhajirin.

Sudut pandang pengendali kuiz.

No comments:

Post a Comment