Wednesday, 4 February 2015

Merungkai Tabir Maulidur Rasul Bersama PU Rahmat

Tarikh: 5 Februari 2015 (Khamis)
Masa: 8.20 pagi
Tempat: Dewan Seri Pendeta

Pada hari ini warga SMKPZ berasa sungguh bertuah kerana dapat mengikuti ceramah yang bertajuk "Merungkai Tabir Maulidur Rasul." Ceramah ini telah disampaikan oleh Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan bin Mohd Sofyan atau PU Rahmat. PU Rahmat yang merupakan antara peserta termuda yang menyertai rancangan realiti di Astro Oasis beberapa tahun lalu telah menyampaikan ceramah beliau dengan sungguh bersemangat.
PU Rahmat kemudiannya sempat meluangkan masa melawat warga PPKI SMKPZ serta turut menyampaikan tazkirah ringkas berkisarkan keimanan. Syukran jazilah.

Saksikan rakaman wartawan lokasi iaitu Sharul Afizah dan saya.


PU Rahmat sedang bersedia di kantin.

PU Rahmat sedang menyampaikan ceramah.

PU Rahmat melawat Blok PPKI SMKPZ.

PU Rahmat dan saya.

PU Rahmat sempat menyampaikan tazkirah berkisarkan keimanan kepada warga PPKI SMKPZ.
 Warga PPKI SMKPZ tekun mendengar tazkirah.

PU Rahmat bergambar kenangan bersama warga PPKI SMKPZ.

Mesyuarat Agung 1 Murid 1 Sukan PPKI SMKPZ

Tarikh: 21 Januari 2015 (Rabu)
Masa: 7.40 pagi
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Terlupa pula buat blog untuk Mesyuarat Agung 1 Murid 1 Sukan PPKI SMKPZ. Maka pada tarikh di atas telah diadakan Mesyuarat Agung 1 Murid 1 Sukan PPKI SMKPZ. Pada jam 7.40 pagi para pelajar telah  dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu permainan petanque, badminton dan futsal. Bagi permainan petanque yang saya menjadi guru penasihatnya, telah diadakan mesyuarat agung bagi memilih ahli-ahli jawatankuasa. Setelah selesai mesyuarat agung, ahli-ahli telah diperkenalkan kepada permainan petanque serta alatannya.

Sesi pemilihan sedang berlangsung.

Bendahari jangan takut, sepanjang cikgu kat sini tak adanya kita buat kutipan duit.

Mesyuarat Agung Persatuan Pendidikan Khas PPKI SMKPZ

Tarikh: 4 Februari 2015 (Khamis)
Masa: 1.40 petang
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini telah diadakan Mesyuarat Agung Persatuan Pendidikan Khas PPKI SMKPZ. Pada tahun ini Mohd Idham bin Abdul Halim telah terpilih menjadi pengerusi dengan undian hampir 90%. Selamat menjalankan tugas diucapkan kepada beliau dan rakan-rakan ahli jawatankuasa yang lain.
Setelah tamat mesyuarat, pada hari ini ahli-ahli persatuan telah masuk ke dalam kumpulan masing-masing dan mempelajari kraftangan penanda buku. Saksikan rakaman wartawan lokasi.

 Pemilihan sedang berlangsung. Ini sesi berkempen ni.

Sesi pengundian sedang berjalan.

Cikgu Nur Ilham sedang melihat tunjuk ajar oleh Cikgu Nor Wahidah.

Haikal sedang menyusun bunga.
 
Cikgu Nor Wahidah sedang menunjukkan cara menggam bunga pada klip kertas.

Umi Dania sedang menggam bunga.
 
Zakwan sedang menggam bunga.
 
Dari kiri, Maya Dania, Ashikin dan Syakirin menunjukkan penanda buku masing-masing.

Latihan Acara Merentas Desa

Tarikh: 4 Februari 2015 (Rabu)
Masa: 7.40 pagi
Tempat: Sekitar Taman Paroi Jaya

Masa zaman persekolahan saya dahulu iaitu sekitar tahun 1990an, acara merentas desa yang saya sertai merupakan betul-betul acara merentas desa. Saya masih ingat lagi semasa bersekolah di SMK Tunku Putera, Baling di mana trek latihan merentas desa melalui jalan kawasan kampung yang tidak berturap. Boleh melihat khinzir yang diternak oleh masyarakat Siam di bawah rumah mereka. Di tepi trek juga ada sungai yang boleh kita mandi-manda dulu (kalau berani) sebelum meneruskan larian.
Semasa belajar di MRSM Taiping pula, trek merentas desa adalah Taman Tasik Taiping itu sendiri. Masih ingat lagi ada seorang rakan saya yang memulakan larian bersama-sama dengan budak-budak junior tingkatan empat dan menang pula tu kerana tak ada siapa yang dapat membuktikan penipuannya pada hari tersebut. Alah, bukan boleh jual pun medal besi tu kat kedai emas kan?
Jadi acara merentas desa pada tahun ini akan diadakan pada jam 3.00 petang 5 Februari 2015 (Khamis). Pada tahun ini 20 pelajar lelaki dan 10 pelajar perempuan telah dipilih untuk bertanding dalam kategori pendidikan khas. Saksikan rakaman latihan trek yang telah diadakan pada hari ini.

Idham memimpin sesi memanaskan badan.

Pelajar-pelajar memanaskan badan.

Cikgu Siti Khairanah mengikut dengan kereta.

Cikgu Azean menjadi peronda,

Dalam masa 15 minit boleh tamat larian.

Masuk ke Lorong Kedidi 2.

Cikgu Siti Khairanah menjaga di satu persimpangan.

Berehat seketika sebelum masuk ke kelas masing-masing.

Solat Hajat dan Bacaan Yassin

Tarikh: 30 Januari 2015 (Jumaat)
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dewan Seri Pendeta

Mulai pada tahun ini, pada setiap hari Jumaat terakhir pada sesuatu bulan, SMKPZ akan mengadakan majlis solat hajat dan bacaan Yassin. Program sebegini mampu memupuk rohani para pelajar agar taat kepada ajaran agama dan memotivasikan diri sendiri.

Pelajar-pelajar PPKI mengambil tempat.

Cikgu Mohd Abdullah (depan kanan) membantu menyusun pelajar.

Razib bersedia untuk membaca Yassin.

Nazilah menangis kerana kehilangan kasut. Kasutnya dijumpai beberapa ketika kemudian.

Tuesday, 3 February 2015

Ceramah Pemantapan Disiplin

Tarikh: 21 Januari 2015 (Khamis)
Masa: 7.30 pagi hingga 8.30 pagi
Tempat: Dewan Seri Pendeta

Pada hari ini pelajar-pelajar SMK Pendeta Za'ba telah mengikuti Ceramah Pemantapan Disiplin yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Tamyes bin Saimun, Guru Besar Cemerlang, SK King George V, Seremban.
Ceramah yang beliau sampaikan sangat padat dengan informasi terkini selain mengandungi pelbagai perkongsian kes-kes disiplin yang pernah beliau tangani.

 Encik Mohd Tamyes sedang menyampaikan ceramah.

Terpancar wajah ketakutan melihat video hukuman sebat dilaksanakan.

Monday, 26 January 2015

Pemeriksaan Gigi

Tarikh: 27 Januari 2015 (Selasa)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Bilik Kesihatan SMKPZ

Pada hari ini murid-murid PPKI SMKPZ telah menjalani pemeriksaan gigi yang dijalankan oleh sepasukan doktor dan jururawat daripada Klinik Kesihatan Ampangan. Selain menjalani pemeriksaan gigi, murid-murid juga turut diberi nasihat akan amalan-amalan berguna untuk menjaga kesihatan oral. Terima kasih kepada doktor-doktor dan jururawat-jururawat yang prihatin akan kesihatan gigi murid-murid kami.

Muka-muka konfiden dan tak takut doktor gigi.

Siap buat tanda peace lagi sebelum masuk Bilik Kesihatan.

Nur Iman (kiri) dan rakan-rakan memegang kad rekod pergigian.

Ni semua gigi dah berlubang ni. Semua doktor akan cabut dan nanti pakai gigi palsu ya.