Sunday, 22 September 2013

Angkat Gelek



 Angkat tangan kanan gelek,gelek,gelek
 Jatuh tangan kanan duduk diam-diam

Angkat tangan kiri gelek,gelek,gelek
 Jatuh tangan kiri duduk diam-diam

Angkat bahu kanan gelek,gelek,gelek
 Jatuh bahu kanan duduk diam-diam

Angkat bahu kiri gelek,gelek,gelek
 Jatuh bahu kiri duduk diam-diam

Angkat punggung kanan gelek,gelek,gelek
 Jatuh punggung kanan duduk diam-diam

Angkat punggung kiri gelek,gelek,gelek
 Jatuh punggung kiri duduk diam-diam

Angkat kaki kanan gelek,gelek,gelek
 Jatuh kaki kanan duduk diam-diam

Angkat kaki kiri gelek,gelek,gelek
 Jatuh kaki kiri duduk diam-diam






Faris menyertai kontinjen nasyid Negeri Sembilan

Tahniah diucapkan kepada Muhammad Faris bin Muhayuddin yang terpilih menyertai kontinjen nasyid Negeri Sembilan ke Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Kebangsaan di Kelantan yang bermula pada hari ini (Isnin, 23.9.2013) sehingga hari Khamis nanti. Kontinjen nasyid yang beliau sertai akan bertanding dalam kategori bermasalah pembelajaran terbuka.
Tempoh hari semasa Majlis Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas peringkat Negeri Sembilan di SMK Tuanku Abdul Rahman, Gemas, beliau yang mewakili daerah Seremban telah menjadi johan azan subuh kategori bermasalah pembelajaran menengah dan nasyid kategori bermasalah pembelajaran menengah. Walaubagaimanapun, tiada pertandingan azan kategori bermasalah pembelajaran di peringkat kebangsaan pada MTAQ pada kali ini.
Semoga Faris akan terus mengharumkan nama PPKI SMK Pendeta Za'ba.

Gambar: Penyampaian hadiah oleh Tuan Pengetua.

Thursday, 29 August 2013

Rakaman Aktiviti Hari Kelima (Jumaat) Minggu Kemerdekaan

Gambar: AJK hadiah giat membungkus.
 
Gambar: Afiqah memenangi hadiah kuiz.

Gambar: Zainol cuba menjawab soalan kuiz.

Gambar: Nazilah menerima hadiah.

Gambar: Burhanuddin menerima hadiah.

Gambar: Fatin menerima hadiah.

Gambar: Maya Dania menerima hadiah.

Gambar: Persembahan johan nyanyian lagu patriotik, PPKI 4.

Wednesday, 28 August 2013

Rakaman Aktiviti Hari Keempat (Khamis) Minggu Kemerdekaan

Gambar: Permainan Betul Ke Bohong?

Gambar: Murid lelaki diwakili dari kiri Burhanuddin, Ikram dan Anas.

Gambar: Puan Shahrul Afizah menjadi MC manakala Cikgu Siti Khairanah mengendalikan lcd.

Gambar: Murid perempuan diwakili dari kiri Husna, Diyana dan Hiyah.

Gambar: "Betul!!!" jawab sebilangan murid.

Gambar: Maya Dania membaca ikrar Rukun Negara.

Gambar: Barisan hakim pertandingan membaca ikrar Rukun Negara.

Rakaman Aktiviti Hari Ketiga (Rabu) Minggu Kemerdekaan

Gambar: PPKI 7 sedang berlatih untuk pertandingan nyanyian patriotik.

Gambar: Tiba-tiba ada latihan kebakaran pada pagi tu.

Gambar: Nampak tak jentera bomba tu?

Gambar: Demonstrasi memadam kebakaran oleh ahli bomba.

Gambar: Tiba-tiba dah sampai ke Pasar Raya AEON Seremban 2 untuk permainan boling. Meronda dulu kerana lane sudah penuh.

Gambar: Hiyah (kanan) membimbing Rozie membuat balingan.
 
Gambar: Anas sedang membuat capan tangan

Gambar: Amirah sedang membilang jumlah Jalur Gemilang.

Gambar: Cikgu Siti Khairanah sedang membuat capan.

Gambar: Cikgu Wan Azlima sedang menyapu warna di tangan Yap Pau Heng.

Gambar: Teringat peristiwa meletak Batu Hajar Aswad zaman Nabi SAW dulu.

Gambar: Hasil akhir warga PPKI.

Gambar: Orang lain semua pakai satu warna saja, Cikgu Noor Azlan dua warna iaitu hijau dan kuning. Orang lain tulis rumi, Cikgu Noor Azlan tulis jawi.

Monday, 26 August 2013

Rakaman Aktiviti Hari Kedua (Selasa) Minggu Kemerdekaan

Gambar: Ashikin sedang menyiapkan kad ucapan kemerdekaan.

Gambar: Maya sedang mewarna logo kemerdekaan.

Gambar: Arif sedang mewarna bunga raya.

Gambar: Rozediana sedang mewarna logo kemerdekaan.

Gambar: Haikal sedang mencari perkataan tersembunyi.

Rakaman Aktiviti Hari Pertama (Isnin) Minggu Kemerdekaan

Gambar: Cikgu Nik Marwan menjadi pengacara majlis.

Gambar: Murid-murid mendengar penerangan Cikgu Nik Marwan.

Gambar: Firdaus sedang mendeklamasi membaca sajak.
 
 Gambar: Puan Afizah dan Cikgu Siti sedang menyorokkan bahan-bahan pertandingan mencari harta harun karun.
 
Gambar: Cikgu Siti bersemangat memberi penerangan untuk pertandingan mencari harta karun.
 
Gambar: "Cikgu Azlan, Perodua Alza ni bukan kereta import dari Jepun ke? Perodua tampal badge Perodua dan Alza saja kan? Kat Jepun nama dia Daihatsu Boon Luminas," kata Faris kepada saya. Budak pendidikan khas pun tau industri kereta kita hanya boleh pasang balik kereta import saja, tak boleh buat model sendiri.
 
Gambar: Faizal mencari benda tersembunyi.
 
Gambar: Akhirnya ada juga gambar kameraman satu.
 
Gambar: Wakil kumpulan mendengar penerangan sebelum membuat pencarian.