Thursday, 26 July 2018

Last day minggu pendidikan Islam ppki

Tarikh: 26/07/18
Hari: khamis
Masa : 7.30 - 1.20 pm
Tempat : blok ppki smkpz


En Raduan mengasah pisau untuk persiapan aktiviti Hari ini.

Cikgu norli dengan beraninya menunjukkan ayam yang bakal disembelih.

Cikgu muhammad menerangkan hukum Dan Cara untuk sembelih ayam
Cikgu muhammad memberi peluang kepada pelajar untuk melihat sendiri tempat @ urat yang harus dipotong nanti.



Akmal yang buat buat berani memegang ayam😉
Cikgu muhammad menunjukkan Cara menyembelih ayam dengan betul kepada hakim

Cikgu zaiham tidak lepaskan peluang sembelih ayam

Cikgu norli satu - satunya guru perempuan berani sembelih ayam

Cikgu muhammad mengesahkan semua 6 ekor ayam yang telah disembelih halal untuk di makan😍

Sesi mencelur Dan mencabut bulu ayam






Layur ayam atas api untuk bakar bulu ayam

Begini caranya menyiang ayam kata cikgu norli 

Pelajar mencuba sendiri menyiang ayam

Kak norimah menunjukkan Cara membasuh ayam yang betul

Pelajar membasuh ayam


Beberapa pelajar yang lain sedang memotong bahan bahan lain until memasak

Memotong bawang sambil membawang memang seronok😜😜



Geng potong memotong & kisar mengisar


Pelajar (mashitah) menuang sos lada hitam untuk memerap ayam

Cikgu norli meletakkan ayam untuk dibakar dalam oven

Geng deco ayam ala Kenny Rogers 😝😝

Belum masak lagi dah nampak sedap😋

Cikgu zaiham selaku ketua geng  bakar ayam ala hawaii



Syafiq pembantu kipas ayam sambil kipas diri sendiri😁😁

Geng masak lemak labu diketuai oleh chef kak niza


Ayam ala Kenny Rogers dipanggang selama 1 jam.. 



Ayam yang telah dimasak Dan selamat di potong untuk diberikan kepada pelajar

Acara yang paling seronok sekali makan ayam bakar bersama nasi putih Dan labu masak lemak... Sedap sehingga menjilat jari😎😎😎






























No comments:

Post a Comment