Sunday, 22 April 2018

MOBILITI PPKI SMKPZ KE PULAU MUTIARA (DAY 1)

TAJUK : PEMBELAJARAN DI LUAR BILIK DARJAH
TARIKH : 18/04/2018 HINGGA 20/04/2018
HARI : RABU - JUMAAT (3 HARI 2 MALAM)

                 

                   Pada hari ini seramai 20 orang pelajar dan 7 orang guru terlibat dengan pembelajaran di luar bilik darjah ke Pulau Pinang.  objektif utama lawatan kali ini ialah memperkenalkan pengangkutan awam kepada pelajar - pelajar pendidikan khas.  hari ni mereka belajar untuk membeli tiket komuter sendiri dan merasai sendiri cara menggunakan perkhidmatan awam yang disediakan kepada mereka.  saksikan  beberapa rakaman gambar yang sempat dirakan.



              seawal 6.30 pagi seramai 20 orang pelajar telah berkumpul di stesen komuter seremban. mereka akan menaiki komuter ke KL CENTRAL untuk menaiki ETS ke Butterword Pulau Pinang .

muka muka teruja dan gembira terpancar di wajah mereka hendak menaiki komuter


      Teacher Lim gembira apabila berjaya berlari memasuki komuter, excited rasanya sebab dah lama tak naik komuter 

bersesak bersama penumpang lain yang nak pergi kerja... 
Dalam komuter pun sempat bergambar


Sarapan dulu Terima kasih kepada MacDonald dapat makan free😍


Berkumpul Menunggu ets yang dijangka berlepas pada pukul 11.00 pagi
         
Beratur menaiki ets.. Terima kasih pada pihak ets membuka laluan khas untuk pelajar oku



Najmie dan zairul gembira menaiki ets ke Pulau pinang

 Bergambar dahulu sebelum bertolak
Rugi betul gambar cikgu Mai x de😥


Sampai di butterwort pada pukul 3.30 petang

Bergambar dahulu bukti semua pelajar tidak tercicir



Menaiki bas awam / shuttel untuk ke feri... Bas Ni percuma je😍😍

Cikgu Muhammad selaku ketua rombongan berbincang dengan pegawai kaunter untuk membeli tiket feri

Laluan khas oku Ada 

Amyrul izwan Belajar guna tiket feri

Bergambar lagi😁😁

Dalam feri... bersama aisyah dan Syafiq rosli yang sentiasa gembira

Berat Mata memandang berat lagi beg yang perlu dipikul😁😁
Sampai Penang dah... Jom Kita minum dulu sementara Tunggu bas untuk ke homestay.. semua pakat Haus dah weii...😂😂
Terima kasih pakcik bas yang bagi tumpang😋😋

Perjalanan diteruskan...semut berjalan satu satu horaaa horayyy😘😘


Akhirnya... Sampai juga di homestay... 

Bergambar lagi ... Tanda bangga berjaya berjalan jauh Hari ini😜😜


Homestay 3 tingkat besar bak hang... Semua pakat rehat.... Rasa bahu masing masing blh tampal koyok dah hahahhaaha













No comments:

Post a Comment