Saturday 18 November 2017

Program Gotong-Royong PPKI SMKPZ Bersama Kokuyo

Tarikh: 18 November 2017 (Sabtu Ketiga November 2017)
Masa: 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Seperti yang dirancang beberapa minggu yang lalu, pada hari ini telah berlangsung Program Gotong-Royong PPKI SMKPZ Bersama Kokuyo. Selain daripada warga Kokuyo, turut hadir bagi menjayakan program pada pagi ini ialah para pentadbir SMKPZ, guru-guru PPKI SMKPZ, para pembantu pengurusan murid PPKI SMKPZ, murid-murid PPKI SMKPZ serta para penjaga murid-murid PPKI SMKPZ.
Saksikan rakaman gambar-gambar sepanjang program berlangsung yang diambil daripada Group Whatsapp PPKI SMKPZ. Maaf blogger tak hadir hari ini kerana ada program bersama keluarga yang telah dirancang lebih awal lagi semenjak beberapa bulan yang dahulu.

 Ku Mai dan Ku Za sedang menghidang kuih.

 Tuan Haji Raduan bin Nasir, GPK Pendidikan Khas SMKPZ sedang menyampaikan ucapan alu-aluan.

 Puan Ramona binti Rosli, Pengetua SMKPZ sedang menyampaikan ucapan.

 Wakil pihak Kokuyo sedang menyampaikan ucapan.

 Antara hadirin yang hadir.

 Tekun mendengar ucapan.

 Bergambar kenangan bersama banner RM70.

 Gaya berdiri yang sebelah kiri tu macam pernah tengok hari Rabu baru-baru ni.

 Tuan Haji Raduan sedang memesin rumput.

 Mengemas pasu pokok bunga.

 Mencari harta karun.

 Masih belum berjumpa harta karun. Mungkin kena korek simen pencawang letrik depan tu kot?

 Cikgu Mohd dibantu Cikgu Roslan dan Puan Ramona di tapak fertigasi.

 Lagi tiga bulan baru nampak hasilnya.

Masih banyak perlu dilakukan di tapak fertigasi.

No comments:

Post a Comment