Wednesday 26 October 2016

Aktiviti Pasca Peperiksaan: Kraf Tangan & Ceramah Dr Muda Ops Zika

Tarikh: 27 Oktober 2016 (Khamis)
Masa: 7.40 pagi hingga 1.20 petang
Tempat: Blok PPKI SMKPZ dan Dewan Seri Pendeta

Pada hari ini murid-murid PPKI SMKPZ meneruskan lagi aktiviti pasca peperiksaan dengan membuat pelbagai jenis kraf tangan seperti membuat rantai leher dan gelang tangan daripada manik, bekas pensel daripada tin susu dan bekas pensel daripada kain. Di antara jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi pula mereka mengikuti Ceramah Dr Muda Ops Zika di Dewan Seri Pendeta.
Saksikan rakaman yang turut dibuat oleh Puan Sharul Afizah.

Cikgu Siti Norli sedang tunjuk cara kraf tangan gelang dan rantai manik.
 
 Husaini gigih memasukkan manik ke dalam tali.

 Cikgu Siti Norli sedang memotong kain untuk kraf tangan bekas pensel daripada kain.

 Amyrul Izwan (kanan), "Saya buka enjin motor tau la cikgu."

 Afiqah tekun membuat kraf tangan manik.

 Cikgu Shariza membimbing Naqiuddin memasukkan manik ke dalam tali.

 Mula menjahit beg.

 Afiqah berbangga dengan gelang tangan yang dibuatnya.

 Pui Yong berbangga dengan rantai leher buatannya sendiri.

 Tayangan slaid Pencegahan Dan Pengawalan Demam Denggi Dan Zika yang disampaikan oleh Encik Mohd Izam bin Haji Satar, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Unit Promosi Kesihatan, Pejabat Daerah Seremban.

Encik Mohd Izam sedang menyampaikan ceramah.

 Seronok mendengar ceramah.

 Pelajar tingkatan 5 saja tak ada.

 Hasan pula berbangga dengan bekas pensel dari tin susunya.

 Sedang menghias tin susu.

 Ohhh, ada kuiz dalam ceramah Dr Muda tu rupanya.
 
Wakil PPKI berbangga dengan hadiah-hadiah yang dimenangi.

Tiga jejaka berbangga dengan bekas pensil daripada kain yang mereka hasilkan.

No comments:

Post a Comment