Sunday 15 May 2016

LDP Di Pagi Sabtu

Tarikh: 14 Mei 2016 (Sabtu)
Masa: 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat: Dewan Seri Pendeta

Pada hari ini warga kerja SMKPZ telah mengikuti latihan dalam perkhidmatan yang merupakan salah satu aktiviti yang wajib diikuti semua bagi menambah pengetahuan masing-masing.
Tajuk ceramah yang pertama ialah Kesedaran CCRIS yang telah disampaikan oleh Encik Zuraimi bin Ayub daripada Bank Islam Cawangan Seremban. Dalam ceramah beliau, telah dikongsikan pelbagai info berkaitan penipuan yang telah dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dalam soal hutang seperti kegagalan membuat pinjaman yang baru kerana menjadi penjamin kepada pihak lain yang gagal menyelesaikan hutang, penggunaan kad pengenalan tanpa izin sebagai penjamin dan pelbagai kisah lagi tak termasuk adik-beradik yang menggunakan nama kita sebagai penjamin kemudian lari tak bayar hutang. Air dicincang memang boleh putus.
Tajuk ceramah yang kedua pula ialah Kerja Sebagai Satu Ibadah oleh Ustaz Mohd Hapizi bin Mohamad Ali, Ketua Unit Pengurusan Dakwah Dan Syiar Islam, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Antara yang menarik dalam ceramah beliau ialah berkaitan ular-ular yang sibuk masuk sekolah pada kebelakangan ini. Ia merupakan amaran Allah supaya kita menghargai ilmu.
Tatapi rakaman yang sempat dibuat.

Encik Mohd Fauat mengacarakan majlis.

Bargambar bersama dayang-dayang istana warga kerja PPKI SMKPZ.

Encik Zuraimi sedang menyampaikan ceramah.

Ustaz Mohd Hapizi sedang menyampaikan ceramah.

Mulai resah menjelang tengah hari. Al-maklum ada kenduri-kendara yang perlu dihadiri pada hari ini.

Ustaz Mohd Hapizi menerima cenderahati daripada pihak SMKPZ yang disampaikan oleh Tuan Haji Roslan bin Omar, GPK HEM SMKPZ.

No comments:

Post a Comment