Monday, 23 May 2016

Sambutan Hari Lahir Warga PPKI SMKPZ

Tarikh: 20 Mei 2016 (Jumaat)
Masa: Waktu rehat PPKI SMKPZ
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini telah diadakan sambutan hari lahir untuk warga PPKI SMKPZ yang lahir pada bulan Januari hingga bulan Jun. Warga PPKI SMKPZ telah bergotong-royong menyediakan tempat sambutan, banner, hadiah, makanan dan minuman.
Majlis telah dirasmikan oleh Puan Hajah Hamidah binti Burok, Pengetua Cemerlang SMKPZ. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.
Tatapi rakaman foto yang sempat saya ambil.

Ya Allah, berkatilah rezeki ini dan ampunkanlah dosa mereka yang meraikanku.

Persiapan di saat2 akhir.

Saya nak cream puff saja lain tak mau.

Sebelum depa potong kek ni, baik den ambik rasa sikit.

Meriah.
 
Seronok tak terkata.

Ada back ground muzik Selamat Ulang Tahun Adinda nyanyian P. Ramlee.

Bila la dapat makan kek, asyik ambik gambar je.

Ini baru mula sebenarnya, Ustaz Abdullah baca doa pembuka majlis. Nampak tak Zorro2 kat depan kek tu? Itu para pentadbir sebenarnya. Ustaz Abdullah pun nyaris diZorrokan.

Ahli-ahli syurga mengaminkan doa.

Puan Hajah Hamidah binti Burok sedang menyampaikan ucapan perasmian.

Akhirnya terpancung juga kek itu.

Menu hari ini, kari ayam, sayur campur, buah tembikai dan air oren.

Menikmati jamuan.

Semuanya sedap belaka.

Pinggan jangan dimakan.
 
Tetamu VIP menikmati hidangan.

Ada juga penyampaian goodies bag daripada para penjaga untuk murid2 PPKI SMKPZ. Syukran jazilah khoiran kasiro.

Guru PPKI SMKPZ Bertugas Sebagai AJK Di Negeri Sembilan ICT Challenge For Special Needs 2016 T

Tarikh: 17 hingga 18 Mei 2016 (Selasa hingga Rabu)
Masa: 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat: SMK Bandar Baru Sri Sendayan

Empat orang guru PPKI SMKPZ telah terpilih untuk melaksanakan tugasan sebagai ajk persiapan tempat, banner dan makanan bagi pertandingan di atas. Guru-guru yang terlibat ialah Encik Azean bin Abdullah, Encik Noor Azlan bin Abd Rahman, Puan Siti Maizura binti Mansor dan Puan Siti Kahiranah binti Khalid.
Tatapi rakaman foto yang sempat saya ambil.


Di dalam bilik pertandingan.

Para peserta kategori murid mengambil tempat.

Cantik bannernya.

Makanan untuk para peserta dan guru pengiring tak ada, hanya untuk ajk saja. Itu dah lega banyak kerja ajk makanan :).

Peserta guru sedang menyiapkan tugasan. Banyak muka2 muda dan berbakat.

Ahhh, lupa pula tegakkan gambar. AJK berbual-bual sambil menunggu majlis penutup. Tak boleh masuk ke dalam bilik pertandingan takut menganggu para peserta membuat pembentangan.

Food test untuk makan tengah hari. Sekali-sekala makan di rumah orang sedap juga.

Puan Suhila binti Sohod, Penolong Pengarah Unit Pendidikan Khas JPNS merasmikan majlis penutup dan penyampaian hadiah.

Lama lagi baru boleh tengok murid PPKI SMKPZ menerima hadiah untuk pertandingan sebegini. Kita perlu menggantikan komputer2 zaman purba kita dan mengadakan talian Unifi dahulu.

Sunday, 15 May 2016

Jamuan Hari Guru PPKI SMKPZ

Tarikh: 16 Mei 2016 (Isnin)
Masa: Waktu rehat PPKI SMKPZ
Tempat: Ruang Serbaguna PPKI SMKPZ

Pada hari ini warga PPKI SMKPZ terutama sekali para pendidiknya telah diraikan oleh ibu bapa kepada pelajar Shamsul Haziq bin Shamsul Kamar dengan tajaan jamuan bersempena Hari Guru 2016.
Menu yang terhidang pada pagi ini ialah nasi goreng cina, satay ayam, buah tembikai, keropok dan air sirap. Ucapan syukur dipanjatkan kepada Allah Taala, moga-moga dilimpahi rahmatNya ke atas Shamsul Haziq sekeluarga. Amin.

Murid-murid menikmati jamuan.

Guru-guru dan pembantu-pembantu pengurusan murid menikmati jamuan.

LDP Di Pagi Sabtu

Tarikh: 14 Mei 2016 (Sabtu)
Masa: 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat: Dewan Seri Pendeta

Pada hari ini warga kerja SMKPZ telah mengikuti latihan dalam perkhidmatan yang merupakan salah satu aktiviti yang wajib diikuti semua bagi menambah pengetahuan masing-masing.
Tajuk ceramah yang pertama ialah Kesedaran CCRIS yang telah disampaikan oleh Encik Zuraimi bin Ayub daripada Bank Islam Cawangan Seremban. Dalam ceramah beliau, telah dikongsikan pelbagai info berkaitan penipuan yang telah dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dalam soal hutang seperti kegagalan membuat pinjaman yang baru kerana menjadi penjamin kepada pihak lain yang gagal menyelesaikan hutang, penggunaan kad pengenalan tanpa izin sebagai penjamin dan pelbagai kisah lagi tak termasuk adik-beradik yang menggunakan nama kita sebagai penjamin kemudian lari tak bayar hutang. Air dicincang memang boleh putus.
Tajuk ceramah yang kedua pula ialah Kerja Sebagai Satu Ibadah oleh Ustaz Mohd Hapizi bin Mohamad Ali, Ketua Unit Pengurusan Dakwah Dan Syiar Islam, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Antara yang menarik dalam ceramah beliau ialah berkaitan ular-ular yang sibuk masuk sekolah pada kebelakangan ini. Ia merupakan amaran Allah supaya kita menghargai ilmu.
Tatapi rakaman yang sempat dibuat.

Encik Mohd Fauat mengacarakan majlis.

Bargambar bersama dayang-dayang istana warga kerja PPKI SMKPZ.

Encik Zuraimi sedang menyampaikan ceramah.

Ustaz Mohd Hapizi sedang menyampaikan ceramah.

Mulai resah menjelang tengah hari. Al-maklum ada kenduri-kendara yang perlu dihadiri pada hari ini.

Ustaz Mohd Hapizi menerima cenderahati daripada pihak SMKPZ yang disampaikan oleh Tuan Haji Roslan bin Omar, GPK HEM SMKPZ.

Tuesday, 10 May 2016

Penangguhan Aktiviti Ko-Kurikulum Pada Hari Rabu

Dengan ini dimaklumkan bahawa aktiviti ko-kurikulum yang dilaksanakan pada setiap hari Rabu ditangguhkan kerana peperiksaan pertengahan tahun dan menghormati bulan Ramadhan.
Aktiviti ko-kurikulum akan disambung semula pada hari Rabu 13 Julai 2016.
Para penjaga diingatkan untuk menjemput anak mereka pulang pada jam 1.20 petang pada setiap hari Rabu.
Sekian, harap maklum.

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016

Dimaklumkan bahawa Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016 akan dilaksanakan mengikut ketetapan berikut:

Selasa (17 Mei 2016)
Bahasa Malaysia 7.50 pagi hingga 9.40 pagi
Bahasa Inggeris 10.40 pagi hingga 1.00 petang

Rabu (18 Mei 2016)
Sains 7.50 pagi hingga 9.40 pagi
Matematik10.40 pagi hingga 1.00 petang

Khamis (19 Mei 2016)
Pendidikan Islam 7.50 pagi hingga 9.40 pagi

Para penjaga diingatkan agar memastikan anak-anak mereka membawa alat tulis yang secukupnya seperti pensil, pemadam, pembaris, gunting dan pensel warna sepanjang musim peperiksaan.

Sekian, harap maklum.