Monday, 28 October 2013

Pembelajaran Luar Bilik Darjah Ke Aquaria Dan Petrosains, Kuala Lumpur

Tarikh: 24 Oktober 2013 (Khamis)
Masa: 7.20 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Aquaria dan Petrosains

Kali ini rombongan Cik Kiah PPKI SMK Pendeta Za'ba telah mengadakan aktiviti Pembelajaran Luar Bilik Darjah Ke Aquaria Dan Petrosains, Kuala Lumpur. Dengan sejumlah 28 pelajar diiringi oleh guru-guru dan pembantu pengurusan murid, bas telah bertolak pada jam 8.00 pagi.
Setelah tiba di KLCC, kami telah melawat Aquaria yang dibuka pada jam 10.30 pagi. Pelbagai spesies marin telah disaksikan seperti ikan jerung, ikan pari, ular daun, cicak geeko dan obor-obor.
Pada jam 12.30 tengah hari kami makan di KFC KLCC dan solat Zohor. Pada jam 2.00 petang kami melawat Petrosains. Pelbagai pameran berkaitan petroleum dan sains telah memberikan pengetahuan yang berguna kepada warga PPKI.
Kami kemudian bertolak balik pada jam 3.30 petang dan tiba di sekolah pada jam 5.00 petang.

Munirah (kiri) dan Syida teruja untuk mengikuti rombongan.

Kalau datang KL pagi-pagi ni siap roti saja la, sapu dengan jem.

Dah sampai depan KLCC.

Agenda tetap lawatan, melawat tandas.

Kalau kurang seorang budak, cakap saja dah dimakan piranha.

Kalau setakat ikan pari, pasar besar Seremban pun banyak, siap boleh pegang lagi.

Cikgu Azean melihat ular daun.

Ikram (depan), Husaini dan Ikram (belakang) teruja melalui terowong akuarium.

Asyik ambik gambar korang je, cikgu pun nak juga gambar satu.

Hiyah berposing dengan terumbu karang.

Faizal memilih cenderamata untuk dibeli.

Umi mendukung Ain yang dah penat berjalan.

Hakim (kiri) dan Amirul sedang menikmati KFC.

Berapa ribu duit hangpa bawa ni? Asyik beli cenderamata saja.

Menyaksikan demonstrasi oleh petugas Petrosains.

Hiyah mencuba eksperimen magnet.

Mencuba permainan berkaitan petroleum.

Mencuba laluan kecemasan pelantar minyak.

Umi mencuba permainan ping pong minda.

Shahrizan bermain permainan simulasi kereta F1.
 
Pelajar membuat kad kenang-kenangan.

Beratur untuk pulang. Untuk sebilangan mereka ini merupakan kali terakhir mereka menyertai aktiviti sebegini kerana akan tamat persekolahan pada hujung tahun ini.

Program Kemahiran dan Kerjaya Murid Pendidikan Khas SMK Pendeta Za'ba

Tarikh: 23 Oktober 2013
Masa: 8.00 pagi sehingga 1.20 petang
Tempat: Blok PPKI SMK Pendeta Za'ba
Tenaga Pengajar: Pensyarah Kolej Komuniti Jelebu
Aktiviti: Membuat hiasan kek cawan dan mee kuning

Dengan kerjasama Kolej Komuniti Jelebu, pada hari ini telah diadakan Program Kemahiran dan Kerjaya Murid Pendidikan Khas SMK Pendeta Za'ba di mana murid-murid telah mempelajari cara membuat hiasan kek cawan dan mee kuning.
Tenaga pengajar Kolej Komuniti Jelebu iaitu Encik Sabri dengan bantuan dua rakan sekerja beliau telah begitu bersungguh-sungguh membimbing murid-murid dalam mempelajari kemahiran membuat hiasan kek cawan dan mee kuning.
Secara peribadi saya berpendapat kursus-kursus berbentuk kemahiran seperti ini harus diperbanyakkan lagi. Terima kasih diucapkan kepada Encik Sabri dan rakan-rakan beliau. Lepas ini kita akan aturkan kursus penyediaan kambing golek pula.

Penerangan ringkas oleh Puan Wahidah.

"Untung jual kek cawan ni, modal tak sampai satu ringgit"

Taburan nasi coklat (chocolate rice).

Amirul menghias kek cawannya dengan krim.

Puan Lim membantu Nazilah menghias kek cawan.

Ariff terus makan tak sempat waktu rehat.

Saya pun buat satu.

Sekarang demonstrasi buat mee pula.

Kuku korang potong tak ni?

Korang nak uli tepung tu dah basuh tangan tak?

Encik Sabri sedang mengepal adunan tepung.

Diyana dibimbing menggelek adunan tepung.

Firdaus (tengah) mengumpul mee yang dimesin Fithri.

Encik Azlan pun cuba juga.

Dah siap akhirnya.

Sunday, 27 October 2013

Majlis Perpisahan Encik Muhamad Fadzli bin Hamid

Tarikh: 18 Oktober 2013 (Jumaat)
Masa: 7.40 pagi hingga 8.00 pagi
Tempat: Tapak Perhimpunan SMK Pendeta Za'ba

Pada pagi ini telah diadakan majlis perpisahan untuk Encik Muhamad Fadzli bin Hamid. Beliau telah ditawarkan kenaikkan pangkat sebagai ketua bidang di SMK Pedas. Beliau dikenali sebagai guru disiplin yang berkaliber di kalangan rakan-rakan setugas. Terima kasih dan selamat berkhidmat di sekolah yang baru.

Encik Muhamad Fadzli sedang menyampaikan ucapan perpisahan.

Tuan Pengetua sedang menyampaikan cenderamata kepada Encik Muhamad Fadzli.

Program Ibadah Korban SMK Pendeta Za'ba

Tarikh: 17 Oktober 2013 (Khamis)
Masa: 7.40 pagi hingga 3.00 petang
Tempat: SMK Pendeta Za'ba

Pada hari ini telah diadakan Program Ibadah Korban SMK Pendeta Za'ba. Tiga ekor lembu korban telah disumbangkan oleh sebilangan warga sekolah yang budiman. Semenjak dari pagi lagi warga sekolah yang terdiri daripada guru-guru, kakitangan sokongan, ibu-bapa dan pelajar-pelajar tingkatan tiga telah bergotong-royong untuk menjayakan program ini.
Lembu-lembu yang dikorbankan telah dimasak gulai dan sup. Ianya dinikmati oleh warga sekolah hadir dan sebahagian daging yang mentah turut disedekahkan kepada pelajar-pelajar kurang bernasib baik.

Melapah lembu.

Berebut-rebut nak cuba melapah lembu.

Kalau ada pisau mungkin depa dua ni pun dah join.

Pemandangan yang mungkin ditentang pencinta haiwan.

Kaki lembu mula digantung.

Cikgu Azean memotong daging, saya tolong pegang saja.

Berlagak je lebih, pisau tumpul.

Encik Dahlan (orang kampung den kek Monceh) sedang memotong tulang.

"Orang kuat" kita sedang memotong daging.

Dah jumpa pisau akhirnya depa dua orang ni.

Kalau nazir sekolah tau mesti kena marah.

Budak-budak lelaki ni dua benda saja yang depa suka, main air dan main api.

Ustaz Azemi (baju kuning) sedang makan sup tulang.

Murid-murid sedang makan.