Friday, 19 February 2016

Kenduri Kesyukuran Cikgu Nor Wahidah

Tarikh: 19 Februari 2016 (Jumaat)
Masa: Waktu rehat PPKI SMKPZ
Tempat: Ruang serba guna Blok PPKI SMKPZ

Seluruh warga PPKI SMKPZ sangat bersyukur dan berterima kasih di atas jamuan kenduri kesyukuran yang telah diusahakan oleh Cikgu Nor Wahidah dan keluarganya. Jamuan ini adalah bersempena dengan mensyukuri kejayaan salah seorang anakanda beliau menempatkan diri di salah sebuah Maktab Rendah Sains MARA di Pahang.
Kepada Cikgu Nor Wahidah dan keluarga, jazakallah hukhoiran kasira.

Hello, kambing golek pukul berapa nak sampai?

Faizal malu gambarnya diambil.

Saya cadangkan kenduri akan datang kita makan dalam talam.

Syukur.

Wednesday, 17 February 2016

Mesyuarat Badan Kebajikan PPKI SMKPZ 1/2016

Tarikh: 17 Februari 2016 (Rabu)
Masa: 1.00 petang hingga 2.40 petang
Tempat: Ruang Serba Guna PPKI SMKPZ

Bagi meneruskan tradisi permaufakatan di antara pihak sekolah dan para penjaga, Mesyuarat Badan Kebajikan PPKI SMKPZ 1/2016 telah diadakan mengikut ketetapan di atas. Mesyuarat ini merupakan medan bagi membincangkan antaranya isu-isu berkaitan anak-anak didik PPKI SMKPZ.

Antara ketetapan penting yang dipersetujui ahli-ahli yang hadir ialah:
1. Kutipan RM10 bagi setiap murid yang mahu menyertai permainan boling bulanan.
2. Satu perkhemahan akan diadakan pada cuti penggal di bulan Mei.
3. Tidak perlu mewujudkan group Whatsapp guru dan para penjaga. Penjaga boleh berhubung terus dengan guru kelas murid berkenaan untuk isu-isu yang timbul.

Setelah jawatankuasa 2015 dibubarkan, jawatankuasa untuk tahun 2016 adalah seperti yang berikut:

Penasihat: Puan Hajah Hamidah binti Burok
Pengerusi: Encik Lumin bin Jamil
Naib Pengerusi: Puan Mozita Azura Zakaria
Setiausaha: Puan Hasmah binti Abu Bakar
Naib Setiausaha: Puan Wan Azlima binti Muhammad
Bendahari: Puan Nor Wahidah binti Jalil

AJK:
1. Encik Mohd Raimi Che Hassan
2. Puan Siti Fatimah Aimah
3. Encik Khazali Mohd Yusof
4. Encik Mohd Nasri bin Jani
5. Puan Ruzidah binti Sadiyen
6. Puan Siti Maimunah binti Abdullah (wakil Asrama Kebajikan Taman Sinar Harapan)
7.  Semua guru-guru dan pembantu pengurusan murid.

Berikut ialah rakaman yang sempat diambil berikut.

 Sebilangan murid membuat rekod NILAM.

 Sebilangan murid melihat tayangan video.

Para penjaga sedang mendaftar kehadiran.

Para penjaga yang hadir.

Encik Lumin sedang menyampaikan ucapan.

Puan Hasmah sedang menyampaikan ucapan.
 
Puan Nor Wahidah sedang membentangkan laporan kewangan.
 
Salah seorang penjaga sedang mengutarakan pandangan.

Wednesday, 10 February 2016

Selamat Harijadi Shamsul Haziq & Gong Xi Fa Chai Teacher Lim

Tarikh: 5 Februari 2016 (Jumaat)
Masa: Waktu rehat PPKI SMKPZ
Tempat: Ruang Pelbagai Guna PPKI SMKPZ

Pada pagi ini telah diadakan sambutan harijadi salah seorang murid PPKI SMKPZ iaitu Shamsul Haziq bin Shamsul Kamar yang menyambut harijadinya yang kelapan belas pada 3 Februari 2016. Selain kek harijadi, warga PPKI SMKPZ turut menurut menikmati jamuan nasi ayam yang telah disumbangkan oleh ibu bapanya. Terima kasih Shamsul Haziq.
Bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina, salah seorang guru PPKI SMKPZ yang berbangsa Tionghua iaitu Puan Lim Pei Kuan telah menyampaikan sumbangan berupa limau dan angpau kepada murid-murid PPKI SMKPZ. Terima kasih Puan Lim.


Mengaminkan doa yang dibaca oleh Ustaz Mohd Abdullah.

Shamsul Haziq memotong kek.

Sebahagian kek telah selamat dimakan.

Menikmati nasi ayam.

Sedap.
 
Chong Pui Yung menerima limau dan angpau daripada Puan Lim Pei Kuan.

Wednesday, 3 February 2016

Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan

Tarikh: 4 Februari 2016 (Khamis)
Masa: 1.00 petang hingga 2.30 petang
Tempat: Kelas-kelas.

Pada hari ini telah diadakan penyampaian bantuan awal persekolahan RM100 kepada mereka yang layak di SMK Pendeta Za'ba. Semoga bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan dapat dimanfaatkan dengan sebaik yang mungkin.

Puan Nor Wahidah dan Puan Lim Pei Kuan sedang berinteraksi dengan salah seorang penjaga.

Sabar menunggu giliran untuk menerima bantuan.

Sunday, 31 January 2016

Memupuk Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Di Kalangan Pelajar SMKPZ

Tarikh: 1 Februari 2016 (Isnin)
Masa: 7.40 pagi hingga 9.30 pagi
Tempat: Dewan Seri Pendeta

Pada hari ini warga SMKPZ telah mengikuti ceramah yang bertajuk seperti di atas. Ceramah ini telah disampaikan oleh Staf Sarjan Omar Hamzah daripada Balai Polis Trafik Seremban. Ceramah yang disampaikan oleh beliau sangat berguna kerana ini merupakan salah satu usaha pihak sekolah untuk memupuk kesedaran keselamatan jalan raya di kalangan pelajar SMKPZ yang menggunakan jalan raya untuk ke sekolah.

Saya mendapati kesedaran keselamatan jalan raya masih lagi di tahap yang kurang memuaskan terutamanya di kalangan pelajar yang bermotorsikal ke sekolah kerana tidak memakai topi keledar. Itu belum tanya lesen memandu ada atau tidak.

Moga-moga ceramah ini akan membantu memupuk kesedaran keselamatan jalan raya di kalangan pelajar SMKPZ. Moga-moga pagi esok ada road block kat jalan besar depan SK Taman Paroi Jaya tu :)

Ceramah bermula.

Tuan Sarjan kita sedang menyampaikan ceramah.

Fuh, ada tiga projektor lcd kat dewan sekolah kita ni.

Berebut menjawab soalan kuiz.

GPK 1 SMKPZ, Encik Abdul Hadi bin Mohd Yusof menyampaikan cenderamata kepada penceramah.

LDP 1/2016

Tarikh: 30 Januari 2016 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Dewan Seri Pendeta

Pada pagi ini telah diadakan latihan dalam perkhidmatan (LDP) buat kali pertama pada tahun ini untuk guru-guru SMK Pendeta Za'ba. LDP pada kali ini bertajuk "Peranan Guru Dalam Membentuk Kemenjadian Murid" yang telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Daerah Rembau, Tuan Haji Abdul Aziz bin Othman.
Tuan Haji Abdul Aziz yang bakal bersara wajib pada Oktober 2016 telah berkongsi pelbagai kisah suka-duka beliau dalam perkhidmatan beliau sebagai guru selama lebih 39 tahun. Moga-moga apa yang disampaikan dapat mendatangkan manfaat berguna kepada semua.

Ceramah bermula.

Tuan Haji Abdul Aziz sedang menyampaikan ceramah.

Sidang hadirin tertawa mendengar jenaka yang disampaikan penceramah.

Ceramah ditutup dengan kata-kata hikmah Pendeta Za'ba

Wednesday, 27 January 2016

Kejohanan Merentas Desa SMKPZ 2016

Tarikh: 27 Januari 2016 (Rabu)
Masa: 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Sekolah dan persekitaran

Pada hari ini merupakan cuti peristiwa kali pertama tahun 2016. Cuti ini adalah untuk memberi laluan kepada Kejohanan Merentas Desa SMKPZ 2016. Boleh dikatakan semua murid terlibat dan murid PPKI tidak terkecuali dengan satu laluan khas untuk mereka turut diwujudkan.
Ikuti rakaman bergambar yang berikut.

Satihyasellon (kanan) membantu Haikal memasang nombor.

Larian bermula.

Cikgu Azean sedang meronda. Kalau tengok betul2 Cikgu Mohd sedang menjaga lalu-lintas.

Amirul berlari laju.

Zainul (kanan) dan Khursairy bersaing sesama sendiri.

Maya Dania (kanan) berlari dengan penuh semangat.

Haqiz Danial akhirnya tiba ke garisan penamat.

Kakak2 PPM bersama2 bad markers.

Pui Yong duduk sebentar di kerusi sebelum menamatkan larian.

Berehat setelah menamatkan larian.

Ashraf (kanan) dan Johari berdebar2 menunggu keputusan pemenang.

Surini menjadi Johan Perempuan Pendidikan Khas Kelas 2.

Nur Hiyah menjadi Johan Perempuan Pendidikan Khas Kelas 1.

Mohd Amirul menjadi Johan Lelaki Pendidikan Khas Kelas 2.

Anas menjadi Johan Lelaki Pendidikan Khas Kelas 1.
 
Tahniah kepada yang berjaya. Kepada yang kalah jangan bersedih, kalau semua nak menang siapa pula yang nak kalah ye tak?