Sunday, 15 November 2015

Satu Hari Satu Mata Pelajaran: Teknologi Maklumat & Komunikasi

Tarikh: 16 November 2015 (Isnin)
Masa: 8.00 pagi hingga 9.40 pagi
Tempat: Makmal ICT SMKPZ

Pada hari ini di bawah Program Satu Hari Satu Program Mata Pelajaran, Mata Pelajaran Teknologi Maklumat & Komunikasi telah mengadakan Program Pengenalan Kepada Chrome Book.
Berikut ialah pembahagian kumpulan untuk program tersebut. 

Moderator: En Noor Azlan bin Abd Rahman

PPKI 1
Guru Pembimbing: Pn Lim Pei Kuan & Pn Hasmah bt Abu Bakar      

PPKI 2
Guru Pembimbing: Pn Siti Khairanah bt Khalid & En Mohd Abdullah b Mohamed Yusoff

PPKI 3
Guru Pembimbing: Pn Sa’adiah bt Kamarudin & Pn Siti Norhasniza bt Hassan

PPKI 4
Guru Pembimbing: Pn Nor Wahidah bt Jalil & Cik Noraini bt Basir                                                                                                               
PPKI 5
Guru Pembimbing: En Azean b Abdullah & Cik Siti Aishah bt Ramdzan

PPKI 6
Guru Pembimbing: Pn Siti Norli bt Kamaruddin & Cik Norimah bt Mat Salleh

PPKI 7
Guru Pembimbing: Pn Siti Maizura bt Mansor & Pn Sharul Afizah bt Mohd Idris

Cadangan laman web untuk dilawati:
1.      moe.gov.my
2.      ppkismkpz.blogspot.com
3.      m.youtube.com
4.      www.funbrain.com
5.      m.utusan.com.my
6.      paultan.org
7.      besiwaja.blogspot.com

 Murid Kelas PPKI 5 gembira dapat menggunakan Chrome Book.

 "Cikgu, apa pasal tak boleh buka Facebook kat sini?" tanya Maya Dania.

Amirul (kanan sekali) berdebar-debar pertama kali memasuki Makmal ICT kali pertama setelah lebih 5 tahun bersekolah di SMKPZ.

Cikgu Mohd Abdullah membimbing murid kelas PPKI2 menggunakan Chrome Book.

Duduk sampai balik boleh tak?

Upin, Ipin dan Arif.

Friday, 13 November 2015

Sehari Satu Mata Pelajaran: Kemahiran Hidup Masakan

Tarikh: 12 November 2015 (Khamis)
Masa: Waktu persekolahan
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Bagi mengasah bakat murid-murid dalam bidang masakan, aktiviti ini telah diadakan mengikut ketetapan di atas. Tahun ini nampak ada seperti satu kecenderungan untuk menggunakan kayu api sebagai bahan api di PPKI SMKPZ. Tak mengapa kerana kayu api mudah didapati di persekitaran sekolah dan tidak begitu merbahaya berbanding penggunaan dapur gas atau elektrik.
Aktiviti dibahagikan kepada dua segmen. Dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi merupakan sesi membuat sandwich. Manakala sesi 10.00 pagi hingga 1.20 petang pula ialah sesi penyediaan lauk-pauk dengan memasak menggunakan kayu api seperti menggoreng ayam, sayur campur, telur dadar dan keropok.
Saksikan rakaman yang telah dibuat.

 Kumpulan Cikgu Siti Maizura sedang menyediakan sandwich.

Adib mengacau sardin.

"Begini caranya," kata Cikgu Lim.

Kumpulan Cikgu Wan dan Cikgu Azean menyediakan sandwich.

Sakit pinggang ka berdiri macam tu?

Memotong tomato pun mesti ada caranya.

Munirah cuba menyapu Planta.

Ni mesti sedap ni.

Razib menyapu Planta.

Perut dah mendidih ni.

Membaca doa makan.

 Menikmati hasil usaha sendiri.

Memilih bahan untuk sesi berikutnya.

Memotong sayur.

Menghidupkan api. Errr, mana petrol?

Tuan Haji Roslan bin Omar, GPK HEM SMKPZ dan Puan Hasmah binti Abu Bakar, GPK PPKI SMKPZ bersama seorang penjaga melihat aktiviti di PPKI.

Amir mengupas bawang.

Tak berasap dapur kita.

Masih menyediakan bahan.

Ni la satu-satunya gambar cameraman. Hidup api boleh, masak tak tau.

Minyak dah mula panas.

Afiqah menggoreng sayur.

Hiyah menggoreng ayam.

Menyediakan bahan untuk telur dadar.

Jerebukah?

Danial menambah kayu api.

Hari mula panas.

Satihyasellon menunjukkan skil menggoreng sayur.

Nazilah mahu membasuh peralatan yang telah selesai digunakan.

Afiqah mempelawa untuk merasa keropok yang digoreng oleh kumpulannya.

Wan Norashikin menggoreng ayam.

Tunggu masa untuk makan.

Nasrul dan Aisyah membasuh periuk.

Guru-guru menyediakan air koktail special di dapur.

Best!!!

Mengambil nasi putih. Bukan kata masak nasi beriani ka?

Mensyukuri rezeki Allah.

Mencedukkan lauk agar semua dapat merasa.

Semua dah berbau asap hari ni, tak kira siapa pun.

Hiyah mempelawa untuk merasa hidangan kumpulannya.

Mana ada air gas, minum air oren kan lebih bagus.

Makan beradab.

Ni pun makan beradab juga.

Makanlah, cikgu tengok korang makan pun cikgu dah rasa kenyang.

Zairul memakan keropok.

Selagi tak habis makan tak boleh balik.