Tuesday, 28 January 2014

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SMK Pendeta Za'ba

Tarikh: 29 Januari 2014 (Rabu)
Masa: 7.40 pagi hingga 10.30 pagi
Tempat: SMK Pendeta Za'ba

Pada pagi ini telah diadakan  Program Sambutan Maulidur Rasul Peringkat SMK Pendeta Za'ba. Tepat jam 7.40 pagi, perarakan mengelilingi Taman Paroi Jaya telah diketuai oleh Puan Pengetua Cemerlang, Puan Hajah Hamidah binti Burok bersama guru-guru diikuti oleh badan-badan beruniform.
Warga PPKI tidak ketinggalan memeriahkan suasana dengan bacaan selawat ke atas Nabi SAW. Tamat perarakan, semua warga sekolah telah masuk ke Dewan Seri Pendeta untuk mengikuti Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh salah seorang peserta Program Pencetus Ummah Astro Oasis, Ustaz Mohd Fakhrurrazi bin Mohd Hanafi.
Tahun ini peserta perarakan PPKI telah memenangi tempat keempat. Menang atau kalah adat pertandingan, apa yang penting semangat cintakan Rasulullah SAW akan terus mekar di jiwa sanubari kita.
Tatapilah beberapa rakaman sepanjang perarakan tersebut.

Gambar: Nampak macam banner tahun lepas.

Gambar: Macam mana tiba2 den pulak kena jadi trafik kat sini?

Gambar: Syukur tiada budak PPKI yang pengsan pagi ni.

Friday, 24 January 2014

Sekolah Ganti

Tarikh: 25 Januari 2014 (Sabtu)
Masa: 7.40 pagi hingga 1.00 petang
Tempat: Blok PPKI

Pada hari ini SMK Pendeta Za'ba telah mengadakan sekolah ganti untuk hari Isnin, 3 Januari 2014. Seluruh warga sekolah mengambil kesempatan sekolah ganti pada hari ini untuk menjalankan aktiviti keceriaan dan kebersihan kelas. Berikut ialah rakaman aktiviti keceriaan dan kebersihan kelas di Blok PPKI.

Gambar: Cikgu Siti Norli dan Cikgu Azean sedang mengecat dinding kelas PPKI 1.

Gambar: Cikgu Siti Maizura dan Hiyah sedang membuat kraftangan bunga untuk ditampal pada dinding kelas PPKI 4.
 
Gambar: Cikgu Siti Khairanah sedang menggantung huruf-huruf di siling kelas PPKI 7.

Gambar: Idham sedang mengecat pintu kelas PPKI 2.

Gambar: Fithri sedang mengecat dinding kelas PPKI 1.

Thursday, 23 January 2014

Penyampaian Bantuan Awal Tahun Persekolahan RM100

Tarikh: 23 Januari 2014 (Khamis).
Masa: 11.00 pagi hingga 2.00 petang.
Tempat: SMK Pendeta Za'ba.

Pada hari ini telah diadakan penyampaian bantuan awal tahun persekolahan RM100 untuk murid-murid SMK Pendeta Za'ba. Berbondong-bondong para penjaga datang sejak pukul 10.00 pagi lagi. Semoga bantuan yang disampaikan akan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh para penjaga.Maaflah tak ada gambar di Blok PPKI kerana saya membantu guru kelas 5 Fikri dalam mengendalikan penyampaian bantuan tersebut.

Gambar: Encik Mustafa turut ditanya oleh penjaga akan perihal pencapaian anak-anak mereka oleh para penjaga.

Rakaman Sekitar Program Pendaftaran & Orientasi Murid Baru

Tarikh: 2, 3 dan 6 Januari 2014.

Gambar: Puan Hasmah sedang memberi taklimat kepada para penjaga murid-murid baru.

Gambar: Para penjaga khusyuk mendengar taklimat.

Gambar: Puan Wahidah sedang menerangkan perihal bayaran yuran, buku, alat tulis dan keperluan murid kepada penjaga.

Gambar: Encik Azean sedang mengendalikan ujian diagnostik.

Gambar: Shafizan sedang menjawab ujian diagnostik.

Gambar: Murid-murid baru dibawa melihat persekitaran sekolah.

Gambar: Gotong-royong mengemas kelas turut diadakan.

Terima kasih Tuan Haji Rosdin, Selamat datang Puan Hajah Hamidah

Saya ingin meminta maaf kerana lambat buat posting untuk tahun ini kerana agak sibuk dengan kerja-kerja awal tahun ini. Bagi memulakan posting pertama tahun ini, saya ingin berkongsi maklumat bahawa Tuan Haji Rosdin bin Kasim telah pun bertukar ke SMK Dato' Undang Musa, Jelebu pada pertengahan Disember 2013 yang lalu.
Beliau telah digantikan oleh Puan Hajah Hamidah binti Burok daripada SMK Tunku Ampuan Durah.
Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti, bagi pihak PPKI SMK Pendeta Za'ba, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Rosdin bin Kasim dan selamat datang kepada Puan Hajah Hamidah binti Burok.


Gambar: Majlis Perpisahan Tuan Haji Rosdin di Dewan Seri Pendeta pada pagi Jumaat, 10 Januari 2014.


Gambar: Jamuan minum teh di Royal Bintang Seremban pada petang Jumaat, 10 Januari 2014.

Gambar: Pengetua baru SMK Pendeta Za'ba, Puan Hajah Hamidah binti Burok.

Sunday, 10 November 2013

Jamuan Akhir Tahun PPKI SMK Pendeta Za'ba

Tarikh: 7 November 2013 (Khamis)
Masa: 11.30 pagi hingga 2.30 petang
Tempat: Restoran Oriental, City Park, Seremban 2

Kalau tahun lepas jamuan akhir tahun kami hanya membuat barbeque di sekolah, pada tahun ini dengan usaha kuat warga PPKI mencari penaja, kami telah berjaya mengadakan jamuan akhir tahun bertaraf hotel di Restoran Oriental. Pada awalnya hendak diadakan di hotel tetapi kerana kami mengutamakan makanan yang sedap berbanding tempat yang grand maka restoran ini telah dipilih. Tuan Pengetua dalam ucapan beliau pada majlis hari ini turut memuji bahawa tempat dan makanan yang dipilih adalah setaraf dengan hotel terkemuka.
Antara jemputan yang hadir ialah Tuan Pengetua, Tuan Haji Rosdin bin Kasim, GPK1, Tuan Haji Hashim bin Osman, GPK Ko-kurikulum, Puan Nor Hayati binti Abdul Rahman, Pengerusi Badan Kebajikan PPKI, Encik Ibrahim bin Ismail dan Naib Pengerusi Badan Kebajikan PPKI, Puan Fathiyah binti Dahlan.
Antara agenda pada majlis ini (selain makan-makan) ialah cabutan bertuah, penyampaian cenderamata kepada murid-murid yang akan menamatkan persekolahan dan penyampaian cenderamata kepada guru-guru pelatih yang akan menamatkan latihan mengajar pada minggu ini iaitu Encik Mohd Nor Asraf bin Hussin dan Encik Nik Marwan Izzudin bin Nik Mohd.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis jamuan pada hari ini.

Dari pagi lagi dah riuh nak makan kat luar.

Cikgu Asraf menjadi pengacara majlis.

Murid-murid mengambil tempat.

Tayangan montaj aktiviti sepanjang tahun.

Bergambar kenang-kenangan bersama Tuan Pengetua.

Majlis sedang berlangsung.

Hadiah-hadiah yang menanti untuk diberikan kepada para pemenang.

Setahun dua lagi mungkin pakai serban baca doa.

Jadi selagi tak habih makan kita tak boleh balik.

Meja VIP.

Tahun depan saya akan usahakan kita makan di hotel pula.

Tahniah saya ucapkan kepada warga PPKI kerana berjaya menganjurkan majlis ini.

Cikgu Asraf pemenang tempat pertama pertandingan boling kategori guru lelaki.

Puan Afizah pemenang tempat pertama pertandingan boling kategori guru dan PPM perempuan.

Faris pemenang tempat pertama pertandingan boling kategori A murid lelaki.

Zawani pemenang tempat kedua pertandingan boling kategori B murid lelaki.

Aliya pemenang tempat pertama pertandingan boling kategori A murid perempuan.

Fatin pemenang tempat pertama pertandingan boling kategori B murid perempuan.


GPK Ko-Kurikulum menerima cenderamata daripada Puan Hasmah.

Zainul menerima hadiah hari lahir.

Cik Norimah menerima hadiah hari lahir.

Cikgu Azean menerima hadiah hari lahir.


GPK 1 menerima cenderamata daripada Puan Hasmah.

Hafifi menerima cenderamata kerana bakal tamat persekolahan pada hujung tahun ini.

Murid-murid yang bakal menamatkan persekolahan pada hujung tahun ini.

Guru-guru pelatih bergambar kenang-kenangan.

Sambutan hari lahir warga PPKI.

Jamuan bermula.

Guru-guru dan PPM membantu menghidang makanan kepada murid-murid.

Sesi makan-makan.

Sesi makan-makan.

Sesi makan-makan.

Diyana menerima hamper cabutan bertuah.