Wednesday, 12 September 2012

3 Murid PPKI SMK Pendeta Za'ba Mewakili Daerah Seremban Di Karnival Permainan Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sembilan 2012


Tarikh: 4 Ogos 2012 (Selasa)
Masa: 8.00 pagi hingga 3.00 petang
Tempat: Kompleks Belia dan Sukan, Paroi

Pada Karnival Permainan Pendidikan Khas Peringkat Negeri Sembilan yang berlangsung baru-baru ini dua murid lelaki kami iaitu Mohd Nazirul bin Narzri dan Muhammad Idham bin Abd Halim telah mewakili pasukan futsal daerah Seremban. Khairul Azlina binti Kamarazaman pula telah mewakili pasukan bola jaring daerah Seremban.

Kedua-dua pasukan yang mereka wakili telah mendapat tempat ketiga dalam karnival tersebut. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Puan Hajah Ipun bt Shamsudin, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, JPNS.

Tahniah kepada semua yang berjaya!

Gambar: Salah satu perlawanan sedang berlangsung.
 Gambar: Mohd Nazirul (nombor 5) dan Muhammad Idham (nombor 4) bergambar bersama pasukan futsal Seremban sebelum perlawanan.

Tuesday, 28 August 2012

Jamuan Hari Raya Aidilfitri


Tarikh: 29 Ogos 2012 (Rabu)
Masa: 12.30 tengah hari hingga 2.40 petang
Tempat: Blok PPKI SMK Pendeta Za’aba

Pada  hari ini setelah tamat aktiviti permainan boling, pada waktu ko-kurikulum untuk murid PPKI, kami telah mengadakan jamuan hari raya Aidilfitri. Sebilangan warga PPKI yang tinggal di sekolah pada waktu permainan boling telah bergotong-royong menyediakan bihun sup.

Pada waktu jamuan, di samping menikmati bihun sup, warga PPKI turut menikmati kuih-muih raya yang disumbangkan warga PPKI sendiri dan juga buah tembikai. Semoga majlis sebegini akan diteruskan lagi pada masa hadapan.






Sekitar Persiapan Warga PPKI Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan


Tahun ini merupakan tahun ke-55 negara kita menyambut ulang tahun kemerdekaan. Warga PPKI turut bersemangat untuk memeriahkannya di peringkat sekolah. Kami telah menghias persekitaran blok dengan menggantung Jalur Gemilang yang dibuat sendiri oleh warga PPKI.
 
Kami juga mengitar semula cawan-cawan polisterine untuk membentuk perkataan “55 Merdeka” dan “1 Malaysia” di pagar blok. Murid-murid juga turut berlatih nyanyian koir lagu “1 Malaysia” dan “Saya Anak Malaysia” untuk dipersembahkan pada majlis penutup sambutan bulan kemerdekaan di pertengahan bulan September nanti.






Elaun Murid OKU Dah Masuk


Pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa elaun murid oku telah pun dibank in oleh pihak kerajaan pada 15 Ogos 2012 yang lalu. Segala urusan pengambilan buku bank untuk tujuan pengeluaran oleh penjaga hendaklah berurusan terus dengan Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, Puan Hasmah bt Abu Bakar.

Sesi Bermaaf-maafan Sempena Menyambut Hari Raya Aidilfitri


Tarikh: 15 Ogos 2012 (Rabu)
Masa: 12.30 tengah hari hingga 1.20 petang
Tempat: Blok PPKI SMK Pendeta Za’aba

Pada  hari terakhir persekolahan sebelum cuti pertengahan penggal kedua persekolahan, sesi di atas telah diadakan di Blok PPKI. Murid-murid juga diturut diberi duit raya oleh guru-guru dan pembantu-pembantu pengurusan murid.

Kami, warga PPKI SMK Pendeta Za’aba mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri dan maaf zahir batin kepada semua.