Monday, 27 February 2017

Hari Sukan SMKPZ 2017

Tarikh: 26 Februari 2017 (Ahad)
Masa: 7.30 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat: Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Tahun demi tahun sukan dilaksanakan bagi mencungkil bakat-bakat terpendam untuk mewakili sekolah ke peringkat yang lebih tinggi. Tak ketinggalan turut disasarkan penglibatan para penjaga untuk hadir bagi menunjukkan sokongan terhadap program-program anjuran sekolah.
Seperti biasa, para pelajar PPKI SMKPZ turut dilibatkan dalam acara 100M lelaki, 100M perempuan dan perbarisan. Bagi acara 100M lelaki tempat pertama dimenangi oleh Mohd Iqmal bin Rosman, tempat kedua pula ialah Wan Ahmad Faizal bin Wan Mazaruddin dan tempat ketiga ialah Muhammad Hafizi bin Mohd Rizal.
Bagi acara 100M perempuan tempat pertama dimenangi oleh Nurul Aisyah binti Mohd Noor, tempat kedua pula ialah Siti Nurhanim binti Taharudin dan tempat ketiga ialah Fadilah Mashitah Mohd Shariff.
Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

 Tahun ni jadi hakim penamat. Tengok sapa dapat nombor satu.

 Acara 100 meter kategori perempuan pendidikan khas.

 Sudut pandang dari 'tangga ayam' hakim-hakim penamat.

 Para pemenang 100 meter kategori lelaki pendidikan khas menerima hadiah.

 Para pemenang 100 meter kategori perempuan pendidikan khas menerima hadiah.

 Bersemangat untuk menyertai pertandingan perbarisan.

 Wan Ahmad Faizal (memegang bendera) mengetuai kontinjen PPKI SMKPZ.

 Muhammad Amyrul Izwan membuat persembahan silat sambil diikuti oleh rakan-rakan.

Mengulas pencapaian kontinjen PPKI SMKPZ pada hari ini.

Wednesday, 22 February 2017

Permainan Boling PPKI SMKPZ 1/2017

Tarikh: 22 Februari 2017 (Rabu)
Masa: 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Pusat Permainan Boling AEON Seremban 2

Pada hari ini telah diadakan aktiviti permainan boling buat kali pertama bagi tahun 2017. Dengan menggunakan bas Uncle Kumar, kami telah sampai di Pusat Permainan Boling AEON Seremban 2 tepat pada masanya.
Pergi main boling ni adalah dengan menggunakan sumber kutipan wang yang dibayar sendiri oleh para pelajar sebanyak RM10. Yang ingin ikut serta perlu membayar, yang tak nak ikut boleh tinggal sahaja di sekolah. Tak ada paksaan.
Masa zaman jahiliyah dahulu sebelum penggunaan bas, pelajar ramai-ramai naik kereta cikgu atau pembantu pengurusan murid sehingga mendap abih absorber kereta.Ha, ha, ha!
Saksikan rakaman aktiviti yang sempat saya buat.

 Siti Mariam bersedia membuat balingan.

 Siti Aishah sedang membuat balingan.

 Syafiq Rosli bergaya dengan bola bolingnya.

 Menikmati aiskrim Mc Donald sumbangan hamba Allah yang tak ingin disebut namanya di sini.

 Suasana dalam bas Uncle Kumar.

Petangnya ada aktiviti ko-kurikulum pengakap pula.

Majlis Pelancaran Program Remaja Berwawasan SMKPZ

Tarikh: 22 Februari 2017 (Rabu)
Masa: 7.30 pagi hingga 8.30 pagi
Tempat: Dewan Seri Pendeta SMKPZ

Pada hari ini telah diadakan Majlis Pelancaran Program Remaja Berwawasan SMKPZ. Program ini yang merupakan kerjasama di antara Kementerian Pendidikan Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia dilaksanakan bagi melahirkan remaja yang berwawasan dan cintakan negara. SMKPZ sangat bertuah kerana menjadi antara sekolah yang terpilih untuk melaksanakan program ini.
Saksikan rakaman yang sempat saya buat.

 Saya suka banner dibuat menggunakan MS Powerpoint. Ianya jimat dan bersesuaian dengan Dewan Seri Pendeta yang ada tiga lcd.

 Nyanyian lagu Negaraku, negeri dan sekolah.

 Ustaz Mohd Abdullah membacakan doa.

 Encik Abdul Hadi bin Mohd Yusuf, GPK 1 SMKPZ menyampaikan ucapan.

 Kapten Ashraf bin Nazarudin, Adjutan Batalion Ke 15 Rejimen Askar Melayu DiRaja merasmikan program pada pagi ini.
 
 Bacaan ikrar para pelajar SMKPZ yang terpilih mengikuti program ini.

 Mengikuti program dengan penuh minat.

Nyanyian lagu Warisan secara beramai-ramai.

Monday, 20 February 2017

Mesyuarat Badan Permuafakatan PPKI SMKPZ

Tarikh: 21 Februari 2017 (Selasa)
Masa: 12.45 tengah hari hingga 2.00 petang
Tempat: Ruang Serbaguna PPKI SMKPZ

Pada hari ini telah diadakan Mesyuarat Badan Permuafakatan PPKI SMKPZ. Melalui mesyuarat inilah berlaku komunikasi perkongsian idea dan pendapat di antara pihak sekolah dan para penjaga demi kemajuan dan kebajikan anak-anak PPKI SMKPZ.
Saksikan rakaman yang sempat dibuat oleh saya.

Sesi pendaftaran kehadiran para penjaga.
 
 Puan Nor Wahidah mengacarakan majlis.

 Ustaz Mohd Abdullah membacakan doa pembuka majlis.

 Puan Mozita Azura (tengah) mewakili Encik Lumin.

 Puan Shariza mencatat minit mesyuarat.

 Puan Hasmah, GPK PPKI SMKPZ menyampaikan laporan aktiviti tahun 2016 serta perancangan untuk tahun 2017.

 Undian jawatankuasa 2017 sedang berlangsung.

 Encik Mohd Nasri Jani terpilih menjadi Pengerusi Badan Permuafakatan PPKI SMKPZ 2017.

Keputusan undian.

Ahli-Ahli Jawatankuasa Badan Permuafakatan PPKI SMKPZ 2017
Penasihat: Puan Hajah Hamidah binti Burok
Pengerusi: Encik Mohd Nasri Jani
Naib Pengerusi: Puan Mozita Azura Zakaria
Setiausaha: Puan Hasmah binti Abu Bakar
Penolong Setiausaha: Puan Wan Azlima binti Muhamad
AJK Ibu Bapa:
1. Encik Yusli Dollah
2. Encik Khazali bin Mohd Yusuf
3. Puan Nageswary a/p Rajigez
4. Puan Khlijah binti Mahat
5. Dr Mazura binti Zuber
Semua guru dan pembantu pengurusan murid PPKI SMKPZ.

Thursday, 16 February 2017

Program Mentor Mentee 1/2017

Tarikh: 17 Februari 2017 (Jumaat)
Masa: 7.30 pagi hingga 8.00 pagi
Tempat: Kelas-kelas SMK Pendeta Za'ba

Pada hari ini telah diadakan perjumpaan pertama Program Mentor Mentee SMKPZ. Pada pagi ini perjumpaan telah diadakan bagi para pelajar PPKI, tingkatan 1, 2 dan 4 manakala para pelajar tingkatan 3 dan 5 pula mengikuti Program Penetapan Azam PT3 Dan SPM di Dewan Seri Pendeta.
Dalam program pada pagi ini telah diadakan sesi suaikenal dan penetapan panggilan sesama mentee. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

 Perjumpaan mentor mentee PPKI 6 sedang berlangsung.

 Perjumpaan mentor mentee PPKI 7 sedang berlangsung.

Perjumpaan mentor mentee PPKI 2 sedang berlangsung.

Penyampaian Bantuan Awal Tahun Persekolahan RM100 2017

Tarikh: 15 Februari 2017 (Rabu)
Masa: 1.00 tengah hari hingga 3.00 petang
Tempat: Kelas-kelas di SMK Pendeta Za'ba

Pada hari ini telah diadakan Majlis Penyampaian Bantuan Awal Tahun Persekolahan RM100 2017 Peringkat SMKPZ. Semoga bantuan yang telah diterima dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya.

 Para penjaga menunggu giliran.

 Wakil Taman Sinar Harapan menerima bantuan bagi pihak para penghuninya.

Tak sabar nak makan KFC, Mc Donald etc.

Monday, 6 February 2017

Pelancaran Program Jom Ke Sekolah Peringkat SMK Pendeta Za'ba

Tarikh: 6 Februari 2017 (Isnin)
Masa: 7.30 pagi hingga 8.30 pagi
Tempat: Dewan Seri Pendeta SMK Pendeta Za'ba

Pada hari ini telah diadakan majlis pelancaran Program Jom Ke Sekolah Peringkat SMK Pendeta Za'ba. Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Zainab binti Mohamed Shah, Ketua Sektor Pengurusan Maklumat, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Pihak Polis Diraja Malaysia pula diwakili oleh ASP Rashidi bin Abdul Rashid yang juga merupakan pegawai perhubungan PDRM bagi SMK Pendeta Za'ba.
Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

 Banner program.

 Encik Abdul Hadi bin Mohd Yusof, GPK Pentadbiran SMK Pendeta Za'ba mewakili Puan Pengetua menyampaikan ucapan aluan.
 
 ASP Rashidi menyampaikan ucapan bagi pihak PDRM.

 Puan Zainab menyampaikan ucapan bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

 Untung bagi yang datang lewat pada hari ini, dapat tag Jom Ke Sekolah.

 Penyerahan Kotak Aduan Disiplin Murid.

 Penyampaian cenderahati kepada tetamu-tetamu kehormat.

 Hari ini para pelajar nampak terkawal. Takutkan polis kot?

LDP 1/2017 Aplikasi Neuro Linguistic Programming Dalam PdP

Tarikh: 4 Februari 2017 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Dewan Seri Pendeta SMK Pendeta Za'ba

Pada hari ini telah diadakan Latihan Dalam Perkhidmatan buat kali pertama bagi tahun 2017. Penceramah seminar pada kali ini ialah Puan Rosmaria Mohd Sahat daripada Rehal Solutions Learning Academy. Seminar ini secara keseluruhannya membincangkan kaedah-kaedah komunikasi yang berkesan bagi membantu menjayakan PdP. Penceramah turut berkongsi bahawa keberkesanan PdP pada masa kini ialah 40% visual, 20% audiotori dan 40% kinestetik.
Terima kasih kepada guru-guru yang menaja jamuan pada hari ini. Berikut ialah rakaman gambar yang sempat dibuat.

 Sesi seminar sedang berlangsung.

 Tak ada orang nak ambil gambar kita , jadi kena la swafoto je.

Salah satu aktiviti dalam kumpulan.

Friday, 3 February 2017

Sambutan Hari Lahir Shamsul Haziq Ke 19

Tarikh: 3 Februari 2017 (Jumaat)
Masa: Waktu rehat PPKI SMKPZ
Tempat: Ruang Serbaguna Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini warga PPKI SMKPZ telah berbesar hati dapat meraikan bersama-sama sambutan hari lahir salah seorang warganya iaitu Shamsul Haziq bin Shamsul Kamar. Rasanya seperti baru semalam Shamsul Haziq mendaftar di sini, tahu tahu sudah di tahun akhir persekolahannya. Apa pun terima kasih di atas jamuan yang telah diadakan pada hari ini.
Tatapi rakaman gambar yang sempat dibuat.

 Tak sabar-sabar menunggu majlis bermula.

 Mereka pun sama.

 Shamsul Haziq membacakan doa.

 Memotong kek hari lahir.

 Cikgu Wan Azlima menyuapkan kek.

 Menikmati nasi ayam bersama rakan-rakan.

 Sudut pandang lain jamuan.

 Sudut pandang lain jamuan.

 Shamsul Haziq menyampaikan goodies bag kepada Satihyasellon.

Shamsul Haziq menyampaikan goodies bag kepada Nur Nazilah.