Tarikh: 25.04.2015 (Sabtu)
Masa: 7.30 pagi (bertolak dari SMKPZ) hingga 5.30 petang (tiba di SMKPZ)
Tempat: Bandar Raya Melaka
Kalau tahun lepas Uncle Kumar iaitu driver bas kita telah membawa kita pusing-pusing Kuala Terengganu, pada tahun ini Uncle Kumar telah membawa kita pusing-pusing Bandar Raya Melaka iaitu negeri lahirnya pahlawan terbilang Laksamana Hang Tuah. Kata Hang Tuah takkan Melayu hilang di dunia tetapi akhirnya dia sendiri hilang tanpa kita tahu mana kuburnya.
Kalau melihat naskah yang difilemkan iaitu Puteri Gunung Ledang (yang hitam putih, bukan yang Tiara Jacquelina berkemban tu), ada satu scene kita lihat Hang Tuah telah turun ke dalam sungai sambil menyebut beliau hanya akan muncul semula setelah timbul kembali keris keramat Taming Sari. Mungkin kecewa tak dapat membawa pulang Puteri Gunung Ledang seperti berjayanya beliau menculik anak dara pembesar Pahang (yang menurut seorang ahli sejarah negara kita iaitu Aripin Said bahawa Hang Tuah telah 'makan kenyang-kenyang' dulu anak dara pembesar tersebut sebelum diberi kepada raja ) atau lari untuk pencen.
Ada naskah sejarah yang menyatakan Hang Tuah setelah 'pencen' telah bertemu kembali dengan Hang Jebat, beramal ibadat hinggakan ada yang meriwayatkan telah ke Mekah menunaikan haji dan meninggal di sana. Begitulah akhirnya kesetiaan seorang hamba raja yang menurut akan perintah rajanya walaupun mungkin hatinya terdetik sesekali untuk menentang arahan yang terang salah daripada rajanya tetapi tidak berdaya.
Berbalik kepada pembelajaran luar bilik darjah kita, ini merupakan lawatan bertempoh satu hari tanpa bermalam, lawatan kedua kononnya nak ke Legoland tapi perlulah mengumpul dana yang lebih besar.
Lawatan di Melaka bermula dengan lawatan ke Taman Rama-Rama diikuti lawatan ke Muzium Samudera. Setelah rehat untuk solat Zohor dan makan tengah hari di Masjid Selat Melaka, lawatan diakhiri dengan menaiki Duck Tour iaitu kenderaan amfibia zaman Perang Dunia Kedua yang diubahsuai untuk kegunaan pelancong. Terima kasih kepada penyumbang-penyumbang dana dan semua yang telah menjayakan aktiviti ini.
Ikuti rakaman yang sempat saya ambil.
Yang ni bukan Puteri Gunung Ledang tapi mungkin keturunan Cik Siti Wan Kembang.
Tak ada RM200 jangan gatal tangan nak pegang.
Eh, ada gambar cameraman dengan rama-rama.
Kalau soalan periksa budak tulis rama-rama makan nanas cikgu Sains jangan marah.
Kalau biar lagi lima minit mungkin Zahid terjun ke dalam kolam.
Syahmi (kiri) dan rakan-rakan.
Sang Bedal yang santai, mungkin kekenyangan makan sebentar tadi.
Syahmi dan ular-ularnya.
Cikgu Mohd menunggu ikan pacu untuk memakan ikan emas.
Di pintu masuk Muzium Samudera.
Umi sibuk melihat wang zaman silam.
Tasniim dan Haziq cuba membuka peti besi.
Husaini dan Ashraf melawat Muzium Tentera Laut DiRaja Malaysia.
Aktiviti wajib pembelajaran luar bilik darjah, makan.
Masjid Selat Melaka.
Eh, ada lagi gambar cameraman.
Menaiki Duck Tour di dataran di mana terdapatnya Taming Sari, er, Menara Taming Sari.
Encik De Souza, pemandu pelancong Duck Tour memperihalkan negeri Melaka.
Eh cikgu, tadi kan kita dah datang makan kat sini. Apa pasal kita tak tunggu sini saja untuk naik Duck Tour ni tapi kita patah balik ke dataran untuk naik Duck Tour ni? Diamlah, lain kali kau buat lawatan sendiri.
Macam melawat Kuala Terengganu pula. Ada masjid tepi sungai.