Tarikh: 21 Ogos 2013 (Rabu)
Masa: 1.20 tengah hari hingga 2.40 petang
Tempat: Blok PPKI SMKPZ
Bersempena dengan Syawal yang baru masuk dua minggu, seperti kebanyakkan PPKI lain di seluruh negara, PPKI SMKPZ tidak ketinggalan mengadakan
pertandingan minum air gas Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Pada tahun ini, selain nasi tomato (saya makan ayam gorengnya saja) yang ditempah dari kantin, guru-guru
perempuan dan pembantu-pembantu pengurusan murid turut bergotong-royong menyediakan mee goreng, nasi himpit, kuah kacang, kuah lodeh, rendang ayam, sambal ikan bilis,
laksa untuk hidangan pada tengah hari tersebut.
Kami sangat berbesar hati di atas kesudian barisan pentadbir yang sudi hadir untuk bersama dengan kami warga PPKI SMKPZ untuk memeriahkan majlis pada tengah hari tersebut. Moga-moga majlis seperti ini akan dapat mengeratkan silatulrahim di kalangan kita.
Gambar: Cikgu Norli sedang memilih sudu dan garfu.
Gambar: Sungguh berselera murid-murid makan.
Gambar: Hari yang ada makan-makan macam ni selalunya kehadiran agak tinggi.
Gambar: Pegawai Pemerintah Rejimen 508 Askar Wataniah GPK HEM, Tuan Haji Roslan Omar sedang makan nasi himpit.
Gambar: "Kalau nak tau santan untuk buat kuah lodeh ni saya la yang tolong pi beli tadi," kata Cikgu Azean kepada saya.
Gambar: Husaini sedang membuka bekas kuih.