Saturday, 19 November 2016

Majlis Penyampaian Hadiah Minggu Karnival PPKI SMKPZ

Tarikh: 18 November 2016 (Jumaat)
Masa: 11.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Ruang Serbaguna PPKI SMKPZ

Pada pagi ini telah diadakan Majlis Penyampaian Hadiah Minggu Karnival PPKI SMKPZ bagi pertandingan-pertandingan yang telah pun dilaksanakan sepanjang minggu ini. Kecuali hadiah bagi pertandingan boling yang telah pun disampaikan di venue pertandingan, pada pagi ini hadiah-hadiah bagi pertandingan petanque, sukaneka dan sukan rakyat telah disampaikan oleh Puan Nor Wahidah binti Jalil, Penyelaras PPKI SMKPZ.
Saksikan rakaman yang sempat dibuat bagi majlis ini.

Fitri menerima hadiah untuk pertandingan petanque.
 
 Siti Aisyah menerima hadiah untuk permainan petanque.
 
Arif menerima hadiah bagi pihak kumpulannya untuk pertandingan sukan rakyat.
 
Nanti hari Isnin minggu depan baru kita buka hamper-hamper tu makan ramai-ramai.


Wednesday, 16 November 2016

Sukan Rakyat PPKI SMKPZ

Tarikh: 17 November 2016 (Khamis)
Masa: 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Pada hari ini telah diadakan aktiviti Sukan Rakyat PPKI SMKPZ. Saksikan rakaman yang sempat dibuat.

 Pertandingan mengait lidi.

 Fitri mengait lidi.

Khursairy melontar gelang getah.

 Permainan congkak.

 Laila bermain Batu Seremban.

 Nur Hazirah bermain Teng Teng.

 Surini melastik belon.

Ooo, itu belonnya.

Pertandingan Boling PPKI SMKPZ

Tarikh: 16 November 2016 (Rabu)
Masa: 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat: Pusat Permainan Boling AEON Seremban 2

Hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh warga PPKI SMKPZ kerana aktiviti boling bulanan tiba di penghujungnya iaitu dengan Pertandingan Boling PPKI SMKPZ. Terdapat lima kategori yang dipertandingkan iaitu Lelaki 1, Lelaki 2, Perempuan 1, Perempuan 2 dan Guru & PPM.
Saksikan rakaman gambar yang sempat dibuat.

 Alif membuat balingan dengan bimbingan Adib.

 Munirah membuat balingan.

 Persediaan untuk majlis penyampaian hadiah.

 Nazilah merupakan Johan Perempuan 2. Hadiah telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Puan Hajah Hamidah binti Burok, Pengetua SMK Pendeta Za'ba.

 Nur Hiyah merupakan Johan Perempuan 1.

 Shamsul Haziq merupakan Johan Lelaki 2.

 Nasrul Hakim merupakan Johan Lelaki 1.

 Oh tukang blogger dapat nombor 3.

 Cik Norimah dapat nombor 2.

 Yang dapat nombor 1 ialah Puan Sharul Afizah. Tak ada pula gambar dalam Group Whatsapp PPKI SMKPZ.

Makan burger di Mc Donald.

Sukaneka PPKI SMKPZ 15/11/2016

Pada hari ini warga PPKI SMKPZ disibukkan lagi dengan pertandingan sukaneka. Oh, saya tak ada di sekolah hari ini. Berkursus KSSM Pendidikan Khas Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan di Tuanku Muhammad School, Kuala Pilah. Ikuti rakaman gambar yang dimuat turun daripada Whatsapp Group PPKI SMKPZ.

Wah, kantin TMS ada penebar roti canai.

 Cikgu Muharam bin Zainuddin merupakan JU Negeri Sembilan untuk subjek PJPK.

 Tahun depan ada lompat2 pakai trampolin ka? Ayoyo!

 Di padang SMKPZ pula sukaneka sedang berlangsung.

 Meriah.

 Yap dan Haikal sedang mengepit bola.

 Cikgu Wan Azlima sedang menyampaikan taklimat.

 Gadis errr, akak errr, makcik errr, nenek litar. Keh, keh, keh!

 Menyusun alatan untuk sukaneka.

 Jalan atas tempurung.

 Bawa getah dengan straw.

 Isi air dalam botol.

 Menjumlahkan markah kumpulan-kumpulan yang bertanding.

 Membawa getah dengan straw.

 Kita Satu Malaysia!

Para hakim yang bijaksana.

Sunday, 13 November 2016

Karnival Permainan Pendidikan Khas PPKI SMKPZ 14/11/2016

Tarikh: 14 November 2016 (Isnin)
Masa: 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat: Padang SMKPZ

Pada hari ini bermulalah Karnival Permainan Pendidikan Khas PPKI SMKPZ. Acara pada hari ini ialah permainan petanque yang dibahagikan kepada empat kategori iaitu Lelaki 1, Lelaki 2, Perempuan 1 dan Perempuan 2. Terima kasih kepada semua yang menjayakan acara pada hari ini.

 Megat membuat lontaran.

 Cik Norimah (berbaju merah) membimbing peserta-peserta Perempuan 2.

 Khursairy membuat lontaran.

 Syukur hari ini mendung, selesa untuk bermain petanque.

 Syafiq Rosli membuat lontaran.

 Cikgu Siti Khairanah mengira markah.

 Loqman membuat lontaran.

 Perlawanan akhir Lelaki 1 sedang berlangsung.

 Perlawanan akhir Lelaki 2 sedang berlangsung.

 Keputusan akhir. Tahniah kepada yang berjaya.

Saturday, 12 November 2016

Aktiviti Pasca Peperiksaan 10 dan 11 November 2016

Pada hari ini telah diadakan latihan persembahan jamuan akhir tahun dan aktiviti mata pelajaran Matematik iaitu membuat papan dam ular serta jam dari pinggan plastik. Ada tiga keping saja gambar.

 Mari mari cik adik, Mari mari cik abang, Mari kita mari kita, Joget pinang muda, O ho ho!

 Membuat dam ular. Ooo pasal tu ular suka masuk sekolah, nak main dam ular juga.

Membuat jam.