Monday, 4 May 2015

Minggu Bahasa PPKI SMKPZ

Tarikh: 27 hingga 29 April 2015
Masa: Waktu persekolahan
Tempat: Blok PPKI SMKPZ

Minggu Bahasa PPKI SMKPZ merupakan salah satu aktiviti wajib tahunan untuk PPKI SMKPZ. Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi meningkatkan kemahiran bahasa murid-murid kami. Di antara aktiviti yang dilaksana sepanjang tempoh tempoh empat hari ini ialah kuiz bahasa Melayu, kuiz bahasa Inggeris, teka silang kata, explorace dan mewarna.
Saksikan rangkuman rakaman yang sempat saya kumpulkan daripada sumber whatsapp Group PPKIPZ.

Rakaman Isnin

 Cikgu Ain mempengerusikan majlis.

 Murid-murid mengaminkan doa.

 Cikgu Mohd sedang membaca doa.

 GPK Khas sedang merasmikan pembukaan Minggu Bahasa PPKI SMKPZ.

 Ikram sedang berpantun.

Tayangan filem How To Train Your Dragon.

Rakaman Selasa

 Kuiz Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

 Pertandingan Silang Kata.

 Pertandingan Mewarna.

Password Game.

Rakaman Rabu

 Fitri sedang membaca arahan dalam permainan Kotak Beracun.

 Cikgu Azlan jaga lagu, Cikgu Ain mengendali permainan.

 Satihyasellon menyanyikan lagu Surangani.

 Perlawanan boling di Seremban Mall.

Nasrul memenangi perlawanan boling kategori lelaki.

Rakaman Khamis

 Explorace, cari gula-gula dalam tepung.

 Gelek gelung 10 kali.

 Tiup belon sampai pecah.

Cikgu Nor Wahidah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Pembelajaran Luar Bilik Darjah 1/2015

Tarikh: 25.04.2015 (Sabtu)
Masa: 7.30 pagi (bertolak dari SMKPZ) hingga 5.30 petang (tiba di SMKPZ)
Tempat: Bandar Raya Melaka

Kalau tahun lepas Uncle Kumar iaitu driver bas kita telah membawa kita pusing-pusing Kuala Terengganu, pada tahun ini Uncle Kumar telah membawa kita pusing-pusing Bandar Raya Melaka iaitu negeri lahirnya pahlawan terbilang Laksamana Hang Tuah. Kata Hang Tuah takkan Melayu hilang di dunia tetapi akhirnya dia sendiri hilang tanpa kita tahu mana kuburnya.
Kalau melihat naskah yang difilemkan iaitu Puteri Gunung Ledang (yang hitam putih, bukan yang Tiara Jacquelina berkemban tu), ada satu scene kita lihat Hang Tuah telah turun ke dalam sungai sambil menyebut beliau hanya akan muncul semula setelah timbul kembali keris keramat Taming Sari. Mungkin kecewa tak dapat membawa pulang Puteri Gunung Ledang seperti berjayanya beliau menculik anak dara pembesar Pahang (yang menurut seorang ahli sejarah negara kita iaitu Aripin Said bahawa Hang Tuah telah 'makan kenyang-kenyang' dulu anak dara pembesar tersebut sebelum diberi kepada raja ) atau lari untuk pencen.
Ada naskah sejarah yang menyatakan Hang Tuah setelah 'pencen' telah bertemu kembali dengan Hang Jebat, beramal ibadat hinggakan ada yang meriwayatkan telah ke Mekah menunaikan haji dan meninggal di sana. Begitulah akhirnya kesetiaan seorang hamba raja yang menurut akan perintah rajanya walaupun mungkin hatinya terdetik sesekali untuk menentang arahan yang terang salah daripada rajanya tetapi tidak berdaya. 
Berbalik kepada pembelajaran luar bilik darjah kita, ini merupakan lawatan bertempoh satu hari tanpa bermalam, lawatan kedua kononnya nak ke Legoland tapi perlulah mengumpul dana yang lebih besar.
Lawatan di Melaka bermula dengan lawatan ke Taman Rama-Rama diikuti lawatan ke Muzium Samudera. Setelah rehat untuk solat Zohor dan makan tengah hari di Masjid Selat Melaka, lawatan diakhiri dengan menaiki Duck Tour iaitu kenderaan amfibia zaman Perang Dunia Kedua yang diubahsuai untuk kegunaan pelancong. Terima kasih kepada penyumbang-penyumbang dana dan semua yang telah menjayakan aktiviti ini.
Ikuti rakaman yang sempat saya ambil.

 Yang ni bukan Puteri Gunung Ledang tapi mungkin keturunan Cik Siti Wan Kembang.

 Tak ada RM200 jangan gatal tangan nak pegang.

 Eh, ada gambar cameraman dengan rama-rama.

 Kalau soalan periksa budak tulis rama-rama makan nanas cikgu Sains jangan marah.

 Kalau biar lagi lima minit mungkin Zahid terjun ke dalam kolam.

 Syahmi (kiri) dan rakan-rakan.

 Sang Bedal yang santai, mungkin kekenyangan makan sebentar tadi.

 Syahmi dan ular-ularnya.

 Cikgu Mohd menunggu ikan pacu untuk memakan ikan emas.

 Di pintu masuk Muzium Samudera.

 Umi sibuk melihat wang zaman silam.

 Tasniim dan Haziq cuba membuka peti besi.

 Husaini dan Ashraf melawat Muzium Tentera Laut DiRaja Malaysia.

 Aktiviti wajib pembelajaran luar bilik darjah, makan.

 Masjid Selat Melaka.

 Eh, ada lagi gambar cameraman.

 Menaiki Duck Tour di dataran di mana terdapatnya Taming Sari, er, Menara Taming Sari.

 Encik De Souza, pemandu pelancong Duck Tour memperihalkan negeri Melaka.

 Eh cikgu, tadi kan kita dah datang makan kat sini. Apa pasal kita tak tunggu sini saja untuk naik Duck Tour ni tapi kita patah balik ke dataran untuk naik Duck Tour ni? Diamlah, lain kali kau buat lawatan sendiri.
 
Macam melawat Kuala Terengganu pula. Ada masjid tepi sungai.

Hari Sukan SMKPZ 2015

Tarikh: 24.04.2015 (Jumaat)
Masa: 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat: Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Pada tahun ini saya tidak lagi memegang bendera merah dan putih selaku hakim balapan tetapi memegang jam randik elektronik selaku pencatat masa. Tahniah saya ucapkan kepada pengelola kejohanan kerana rotate tugasan pada tahun ini.
Berkenaan murid-murid PPKI pula, mereka turut melibatkan diri dengan kejohanan ini melalui tiga acara iaitu 100 meter murid khas lelaki, 100 meter murid khas perempuan dan perbarisan. Johan 100 meter murid khas lelaki ialah Mohd Nur Iman bin Mohd Sani dan johan 100 meter murid khas perempuan ialah Nur Asyikin binti Mohd Zaki.
Bagi acara perbarisan pula, kontinjen PPKI hanya mendapat hadiah saguhati.
Jumpa lagi pada tahun hadapan.

 Peserta 100 meter PPKI menunggu giliran acara.

 Peserta 100 meter murid khas perempuan mengambil tempat.

 Peserta 100 meter murid khas lelaki berlari pantas.

 Mohd Nur Iman menjadi johan.

 Surini mendapat tempat ketiga.

 Maskot flora (tengah) dan pembawa papan tanda kontinjen PPKI (kanan). Yang kiri tu tak tau la, kalau gadis litar mungkin tidak kerana gadis litar hanya untuk race motor saja.

 Kontinjen kawad PPKI membuat persediaan akhir.

 Kontinjen kawad PPKI sedang melakukan persembahan formasi di depan pentas utama.

 Sudut pandang lain.

Terima kasih kepada GPK1 kita, Cikgu Hadi (kiri) yang menyumbangkan aiskrim Malaysia untuk murid-murid PPKI.

Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Negeri Sembilan

Tempat: SMK Za'aba, Kuala Pilah
Masa: 7.30 pagi hingga 3.00 petang
Tarikh: 21.4.2015 dan 22.4.2015

Dalam kejohanan di atas, dua murid PPKI SMKPZ telah mewakili daerah Seremban iaitu Mohd Nur Iman bin Mohd Sani dan Mohd Fitri bin Azlan. Walaubagaimanapun, kedua-duanya gagal menyerlah. Mohd Nur Iman sekadar menduduki tempat keempat saringan 200 meter lelaki senior manakala Mohd Fitri mendapat tempat kelapan dalam acara lontar peluru lelaki junior.
SMKPZ pada tahun ini telah menjadi ajk persiapan tempat, back up untuk PA sistem dan back up untuk statistik.
Semoga sekolah yang dipertanggungjawabkan untuk ajk PA sistem pada tahun hadapan akan hadir awal berserta CD lagu Negaraku dan lagu berentak march sendiri.
Semoga sekolah yang dipertanggungjawabkan untuk ajk statistik pada tahun hadapan akan hadir bersama pencetak sendiri.
Majulah sukan untuk PPKI.

 Keputusan keseluruhan kejohanan.

 Kipas sendiri, netbook sendiri, printer sendiri, extension sendiri. Bila la nak maju...