Thursday, 11 July 2013

Terima kasih Cikgu Norizan dan Cikgu Ain

Tarikh: 12 Julai 2013 (Jumaat)
Tempat: Dewan Seri Pendeta
Masa: 8:45 pagi

SMK Pendeta Za'aba bakal kehilangan dua guru yang banyak berjasa kepada sekolah iaitu Puan Norizan binti Wahid dan Cik Siti Nur'ain binti Hamzah. Mereka berdua bakal berpindah ke sekolah baru iaitu Puan Norizan ke negeri Perak dan Cikgu Ain ke negeri Johor. Kepada mereka kami ucapkan selamat maju jaya dan terima kasih daun keladi.

Gambar: Puan Norizan menerima cenderadurja daripada GPK1, Tuan Haji Hashim.

Gambar: Cik Ain menerima cenderadurja daripada GPK1, Tuan Haji Hashim.

Gambar: Warga PPKI pasti akan merasai pemergian Puan Norizan.

Monday, 8 July 2013

Kenduri menyambut bulan Ramadhan

Tarikh: 9Julai 2013 (Selasa)
Masa: 9.30 pagi hingga 10.30 pagi
Tempat: Blok PPKI SMK Pendeta Za'ba

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Rabu, 10 Julai 2013," demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad.

Gambar: Ada nangka, jambu, tembikai, nanas dan honey dew.
 
Gambar: Menunggu nasi ayam.

Gambar:  Sampai pun nasi ayam.

Gambar: Murid-murid makan, cikgu-cikgu ambik bau saja.
 
Gambar: Ya Allah barakahkanlah kepada kami apa-apa yang Engkau rezekikan kepada kami dan peliharalah kami dari api neraka.

Gambar: Cikgu tolong buka getah ni.
 
Gambar: Peace!!!

Sunday, 7 July 2013

Perjumpaan Ilmiah

Tempat: Blok PPKI SMK Pendeta Za'ba
Tarikh: 8 Julai 2013 (Isnin)
Masa: 9.00 pagi hingga 1.20 petang

Dulu-dulu masa saya sekolah dulu ia dipanggil Hari Kad Kemajuan Pelajar. Bila saya mula servis ia dipanggil Hari Pelaporan Adab Pelajar. Sebelum nak tiba hari berkenaan, huru-hara cikgu-cikgi tak kira yang celik atau buta bertungkus-lumus menyiapkannya. Bila masing-masing cetak borang pemarkahan, macam-macam font, saiz font kita dapat. Cikgu-cikgu kelas kemudian sibuk membukukan lembaran-lembaran Adab yang diterima. Sekarang pula dah selaras cetakan akhir pelaporan tetapi banyak tempat nak diisi cikgu, ada ISIS, SAPS dan macam-macam lagi tempat nak simpan markah pelajar.

Di hari kejadian yang selalunya hari terakhir sesuatu semester maka banyaklah penjaga yang datang. Yang jauh-jauh selalunya tak dapat datang. Yang datang pula selepas ambil buku adab anak, boleh membawanya pulang.

Bila servis di SMK Pendeta Za'ba wujud pula istilah Perjumpaan Tiga Penjuru. Tahun ini pula istilah tersebut ditukar kepada Perjumpaan Ilmiah. Apa pun namanya, tujuannya tetap sama iaitu membincangkan pencapaian anak.

Gambar: GPK 1, Tuan Haji Hashim sedang menyampaikan amanat kepada guru-guru sebelum bermulanya program.

Gambar: Hiyah (kanan) tersenyum lebar apabila mengetahui dia mendapat nombor satu di kalangan pelajar Kelas 4.

Gambar: Wakil Taman Sinar Harapan sedang berurusan dengan Cikgu Maizura.

Meraikan perpindahan Cikgu Norizan

Tempat: Kedai Nasi Arab Damsyik.
Tarikh: 4 Julai 2013 (Khamis)
Masa: 1.30 petang hingga 2.40 petang

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Norizan kerana permohonan pertukaran beliau ke negeri kelahiran beliau iaitu Perak telah diluluskan. Kerana bulan puasa hampir tiba maka pihak kami telah mengawalkan jamuan bagi meraikan perpisahan beliau. Terima kasih di atas jasa-jasa yang cikgu telah sumbangkan.

Gambar: Cikgu Hasmah (kiri sekali) sedang meminta pelayan membawa lagi pinggan tambahan.

Gambar: Cikgu Norizan (tengah).

Gambar: Antara rakan-rakan guru yang pasti akan merasai kehilangan beliau.

Gambar: Cikgu Azean (kanan sekali) masih menunggu jus mangga yang tak kunjung tiba.




LDP: Kreativiti Menjana Kecemerlangan

Tempat: Bilik Pengawas SMK Pendeta Za'ba
Tarikh: 3 Julai 2013, Rabu
Masa: 2.30 petang hingga 4.30 petang


Bermain boling di AEON Seremban 2

Oleh sebab pada bulan puasa nanti tiada aktiviti boling, makan pada pagi ini (Rabu, 3 Julai 2013), rombongan Cik Kiah oppps PPKI SMK Pendeta Za'ba telah mengadakan aktiviti boling. Seperti biasa kehadiran murid pada hari boling sangat memberangsangkan kerana teruja untuk keluar berjalan-jalan.

Gambar: Beratur untuk mengambil kasut.

Gambar: Afiq bersedia membuat balingan.


Tuesday, 11 June 2013

Demam sukan tahunan sekolah mula melanda

Pada tahun ini kejohanan sukan tahunan sekolah akan diadakan pada hari Jumaat, 14 Jun 2013 bertempat di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi bermula jam 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Warga PPKI akan turut bersama memeriahkan acara tersebut dengan menyertai pertandingan perbarisan rumah sukan. Dua acara balapan turut diadakan untuk murid PPKI iaitu 100 meter lelaki dan 100 meter perempuan.
Pihak sekolah memohon kerjasama penjaga untuk menghantar terus anak mereka ke stadium pada pagi tersebut dan menjemput mereka untuk pulang pada tengah harinya. Bagi penjaga yang ada kelapangan turut dijemput bersama-sama menyaksikan kejohanan sukan sekolah pada hari Jumaat ini.

Gambar: Murid-murid berehat sebentar sebelum meneruskan latihan perbarisan.

Gambar: Cikgu Siti Norli (kiri) dan Cikgu Wan Azlima sedang menjahit bendera PPKI.

Gambar: Cikgu Siti Khairanah sedang menyediakan maskot PPKI.